Skip to main content

Menu Sarapan Ringkas Untuk Si anak

Bila si kakak dh mula bersekolah ni mulalah saya pening kepala nak sediakan menu breakfast. Saya nak kongsikan list menu ringkas dari imerynz.blogspot.com. Bolehlah kita cuba ye...Banyak betul resepi nya..Alahai terbuat ke tidak...

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


1.  Roti John
Resepi - 5 biji telur atau lebih dikocak rata.  Taruk serbuk perasa dan lada putih.  Saya suka taruk daun sup sebab wangi.  Lagi satu, aku paling suka taruk bawang putih goreng.  Terangkat bau bawang putih dalam telur tu.  Tapi kalo leceh, tak payah taruk pun takpe.  Buat mana yang senang jer lar.  Then, taruk lar filling apa yang korang suka.  Hotdog ker filet ketam ker daging burger ker tapi semuanya mestilah dicincang dulu.  Saya juga suka taruk kobis yang diracik halus-halus ke dalam adunan telur.  Saya tak suka letak timun dan tomato sebab cepat berair.  Tak sedap makan roti john lembek-lembek.  Masak macam telur dadar.  Lepas tu tempelkan dengan roti john.  Garing-garing kan.  Akhir sekali letak lar sos yang korang suka, mayo ke cheezy mayo ker black pepper sos.


2.  Spaghetti Carbonara
Resepi - Selalunya orang akan buat sendiri kuah carbonara dengan menggunakan susu full krim, cheese lar, tepung gandum lar dan macam-macam lagi lar.  Tapi cara aku yang paling senang, di pagi-pagi buta ialah ------> amik pembuka tin, bukakan tin prego perisa keju herba dan tuangkan ke dalam periuk kecik.  Masukkan air masak dalam tin tadi.  Gelek sikit dan tuangkan ke dalam periuk tadi.  Perasakan dengan lada putih dan serbuk perasa.  Saya selalu taruk filling dalam kuah carbonara dengan cendawan butang, filet ketam dan brokoli.  Dah siap kuah carbonara!  Mudah dan pantas!  Pagi-pagi buta, sumonya nak cepat kan?  Masak mee spaghetti tu macam biasa ar yang korang buat.  Tengah-tengah nak rebus mee tu, taruk ar garam sikit dan minyak supaya nampak berkilat dan tak melekat.


3.  Spaghetti Bolognese
Resepi - Ini style saya buat kuah bolognese.  Saya selalu guna rencah kuah bolognese dari Kimball.   Aah...yang dalam botol tu kan.  Macam-macam perisa bolognese yang ada.  Semuanya saya dah cuba.  Saya rasa kimball macam sedap sikit dari Prego.  Bolognese ni ada leceh sikit.  Sebab banyak nak kena cincang.  Bawang merah dan putih nak kena cincang halus.  Then tumiskan dalam periuk hingga naik bau. Tarukkan sesudu cili boh or cili giling sikit. Garing-garingkan.  Biar rasa pedas-pedas masam sikit nanti kuahnya.  Campakkan daging cincang yang dah dibasuh bersih.  Then, taruk sos spaghetti kimball tu.  Masukkan air masak ke dalam botol kimball tadi (sukatan air) dan tuangkan ke periuk.  Campakkan cendawan butang yang dihiris.  Gaulkan dengan rata.  Tarukkan daun parsley kering ke dalam kuah untuk rasa lebih ummpp!  Saya suka tambahkan rasa masam kuah bolognese dengan tambahkan beberapa biji tomato yang telah dipotong dadu.  Perasakan dengan serbuk perasa.  Saya jarang guna garam dalam masakan saya.


4.  Spaghetti seafood olio
Resepi - Macam goreng mee jugak.  Cuma olio ni nak kena guna minyak zaitun untuk menumisnya.  Baru ler terasa olio olio.  Tumiskan bawang merah dan putih yang dicincang halus.  Then taruk lar filling yang korang suka.  Udang, kepah, filet ketam, kupang dan macam-macam lagi.  Nak senang dan mudah, campak jer lar filet ketam tu.  Dah garing, masukkan mee spaghetti plak.  Taruk daun parsley kering dan cili flakes or serbuk cili kasar ke dalam olio tadi.  Gaulkan dengan rata.  Perasakan dengan serbuk perasa.  Hahaha...aku lebih suka taruk serbuk rencah nasi goreng ke dalam olio ni.  Dah nama pun tekak melayu kan.  Hah, korang boleh juga gantikan filet ikan dory kalo korang alergik seafood macam aku ni.  Campak jer filet ikan dory dalam kuali dan gorengkan sehingga dory masak.  Then baru ler campak spaghetti.  Jadi lar spaghetti olio dory what the fish?!

5.  Jemput2 tauhu telur
Resepi - Ini style adunan jemput-jemput saya.  Tepung secukup rasa.  Telur sebiji.  Sepaket rencah nasi goreng tak kira lar apa-apa perasa pun.  Kalo tak cukup perasa, tambahkan dengan serbuk perasa.  Secawan air panas.  Secawan air sejuk.  Ratakan.  Adunan jangan terlampau pekat.  Kalau pekat sangat, tambah air sejuk lagi.  Adunan yang terbaik, tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat sangat.  Then, taruk lar tauhu telur.  Gaulkan dengan rata.  Biar hancur pun takpe.  Goreng ke dalam minyak yang panas.  Aku suka guna sudu dari guna tangan untuk buat jemput-jemput.  Aku tak pro lagi nak celup tangan kat minyak panas.  Hahaha.....


6.  Jemput2 sayur
Resepi - Adunan sama seperti di atas.  Cuma tukarkan filling nyer jer.  Suka hati korang lar nak letak sayur apa.  Ni salah satu cara nak ajar anak makan sayur.  Selalunya aku letak taugeh, kucai, lobak yang diparut, kobis yang diracik.  Nampak bercolor-color sket kan.


7.  Jemput2 seaweed
Resepi - Adunan sama seperti di atas.  Cuma letak seaweed yang dipotong halus-halus.  Gaulkan dengan rata.


8.  Jemput2 ketam / ikan dory
Resepi - Adunan sama seperti di atas.  Campakkan filet ketam yang dipotong bulat-bulat. Filling dalam adunan jemput-jemput ni nak kena kreatif ar sikit.  Takkan asik nak campak ikan bilis jer kan.  Korang nak masukkan filet ikan dory dalam adunan jemput-jemput pun boleh.  Sebelum nak tido tu, kuarkan filet ikan dory dan cairkan semalaman.  Esok pagi tinggal nak gunting-guntingkan jer filet ikan tu, lepas tu campak dalam adunan jemput-jemput.  Eh, sedap tau...jemput-jemput ikan dory ni!  Kalo nak tau cuba lar buat.


9.  Nasi goreng biasa
Resepi -  Buat lar style nasi goreng yang korang suka.  Sebagai menantu tokey kedai makan, saya bagi rahsia macam mana orang siam masak nasi goreng.  Depa tak guna garam.  Depa sumo guna kicap sotong atau lebih dikenali sos ikan/sotong.  Ada jual kat kedai dan pasaraya.  Aku pun terikut dengan style depa.  Rasanya memang sedap ar.  Selalunya aku perasakan nasi goreng aku dengan serbuk rencah nasi goreng, serbuk perasa, lada putih, kicap sotong, kekadang taruk minyak bijan sikit. Pergh...mesti terangkat bontot beb!  Aku jarang guna garam dalam masakan aku.  Aku selalu gunakan garam untuk perapkan ayam, ikan dan juga basuh sayur.  


10.  Nasi goreng kampung mak aku
Resepi - Buat banyak kali pun, mesti tak kan sama dengan masakkan mak kita kan. I miss you, omma!  Tapi sempat lar arwah mak aku bagi resepi ni kat aku.  Resepi ni memang khas sebab ianya ditumbuk dengan batu lesung yerk!  Bukan tumbuk kat dinding tau!  Bahan-bahan yang perlu ditumbuk ---- bawang merah 2 biji, bawang putih 3 biji, belacan sikit yang telah dibakar, ikan bilis yang telah direndam air, beberapa cili kering ikut tahap kepedasan anda.  Tumbuk bukan blender tau!  Tumbuk sampai lumat.  Then, tumis sampai garing.  Arwah mak aku cakap, masak nasi goreng tu biarlah garing-garing sikit sebab rasanya lagi sedap.  Garing bukan hangit yerk!
11.  Nasi goreng seaweed
Resepi - masak lar nasi goreng macam biasa, cuma selepas nasi goreng dah digaul dengan rata, tambahkan seaweed yang dah dipotong halus, sebelum nak tutup api tu.
12.  Mee goreng meatball / daging burger
Resepi - Tumiskan bawang putih dan merah sehingga naik bau.  Pecahkan telur.  Kacau dan tunggu sehingga garing.  Campakkan meatball.  Meatball memang kena masuk awal-awal supaya kita nak garingkan meatball ni yerk!  Masukkan cili boh dan cili sos sikit.  Aku selalu guna rencah nasi goreng adabi tu jer.  Gaul dengan rata.  Campakkan mee yang secukupnya.  Taruk kicap dan sos tiram sikit supaya nampak lemak berkrim.  Then campak lar sayur taugeh dan sawi.  Gaul bagi dia garing-garing dan kering. Kalo tak nak letak meatball, letak daging burger pun boleh.  
13.  Mee goreng mamak
Resepi - Cara memasaknya seperti di atas cuma buangkan meatball, gantikan dengan fishcakes or ayam goreng.  Hahaha...senang jer kan!
14.  Mee hoon goreng singapore
Resepi - korang masak mee hoon ni sama dengan masak nasi goreng cina.  cuma bahannya dikisar jer.  sebiji bawang merah, 3 biji bawang putih dan udang kering diblender.  bahan-bahan basahnya pula fishcakes, sotong, daging burger, udang dan isi ayam.  Terpulang pada korang nak letak apa yang korang suka lar.  Sayurnya pula kobis, sawi, carrot dan taugeh.  Goreng jer dan perasakan.  Lagi sedap kalo taruk minyak bijan sikit.  Letak telur dadar yang telah dicincang halus berserta bawang goreng dan daun sup.  Lawankan dengan kicap pedas.
15.  Mee hoon sup + sambal kicap pedas
Resepi - Simple jer mee hoon sup aku dan rahsia dari arwah mak aku supaya mee hoon tak kembang dalam sup.  Aku tak rendam pun mee hoon dalam air panas atau rendamkan semalaman.  Mula-mula, tumiskan bawang merah dan putih hingga naik bau.  Masukkan air satu baldi.  Acah jer, ikut lar sukatan yang korang nak.  Campakkan kiub ayam 2 ketul dan sup bunjut.  Masukkan filling yang korang suka.  Isi ayam ker, chicken bone, tulang lembu ker, fishcakes ker, daging ker.  Aku cuma masukkan fishcakes jer.  Laki aku tak suka letak ayam dalam sup.  Kalo tak cukup rasa, kita tambahkan dengan serbuk perasa, kicap sotong dan lada putih.  Baru ada ummpp!  Then, kita tunggu sup tu mendidih.  Bila dah mendidih, kecikkan api, terus masukkan mee hoon kering tu ke dalam sup.  Kacaukan dengan rata. Dan terus tutup api.  Jangan biarkan masak lelama.  Gerenti mee hoon dalam sup tak kembang nyer!  Jangan lupa taburkan dengan daun sup dan bawang goreng.  Lawankan dengan kicap pedas.
16.  Maggi goreng (goreng atas kuali bkn goreng instant tu)
Resepi - sama macam resepi mee kat atas tu cuma bezanya korang tukarkan jenis mee jer!
17.  Makaroni goreng
Resepi - sama macam korang goreng mee or nasi.  Tapi kena kreatif lar nak letak apa fillingnya.  Fishcakes, filet ketam, isi ayam, fishball, ikan dory ker sumo boleh.  Nak letak seaweed dalam makaroni pun bleh...
18.  Lontong goreng
Resepi - sama macam korang buat nasi goreng.  Pelik aku bila orang berebut nak mintak resepi buat lontong goreng, padahal senang jer!  Cuma nak bagi tau satu rahsia macam mana nak goreng lontong supaya tak berkecai.  Masa nak rebus nasi impit tu, rebus lelama sikit.  Kalo rebus sikit, jangan lar banyak air.  Kalo rebus banyak, jangan terkurang air.  Bila air rebusan dah kurang dalam periuk, tambahkan air lagi.  Bila nasi impit dah siap masak, korang takleh terus buat lontong goreng time tu gak!  Of course ler berkecai sebab nasi impit tu lembek lagi.  Korang kena tunggu 2 jam, kasi dia sejuk betul, baru bleh buat lontong goreng.  Selalunya, kalo aku nak buat breakfast lontong goreng esok pagi, malamnya aku dah siap-siap rebus nasi impit.  Esok pagi tinggal nak potong dan campakkan dalam kuali jer!
19.  Lempeng + sambal sardin + gula koko (utk bdk2 nyer)
Resepi - resepi turun temurun arwah mak aku ni.  Senang jer nak buat adunan lempeng ni.  Tepung gandum ikut sukatan korang.  Telur sebiji.  Garam secukup rasa.  Air secukup hati.  Jangan pekat sangat dan jangan cair sangat.  Kalo cair sangat, tambahkan tepung gandum lagi sikit.  Kalo buat lempeng ni, laki aku suka yang garing-garing.  Dia tak suka lembek-lembek.  Lawankan dengan sambal sardin.  Cicah dengan asam podas pun sedap gak!  Arghh..suka hati korang lar nak cicah dengan apa-apa sekali pun!  Be creative ok!
20.  Sushi jepun a.k.a bibimbap
Resepi - Part yang ni aku susah sket nak bagitau kat korang.  Sebenarnya resepi ni ikut skill memasing.  Aku gulung sushi tanpa menggunakan bamboo mat tu.  Aku masak beras sushi pun ikut suka hati aku.  Aku tak letak pun cuka.  Mirin lagi lar haram.  Aku masak beras sushi macam masak nasi jer lar.  Fillingnya selalu aku gunakan filet ketam dan telur dadar jer lar.  Mana nak cari pepagi buta telur ikan lar, unagi lar, lobak jeruk lar, octopos lar ntah apa kejadahnya lagi.  Guna bahan yang paling senang jer lar.  Janji ngap!
21.  Onigiri (japanese rice ball)
Resepi - Onigiri ni sebenarnya menggunakan acuan yerk!  Gambar semua ada kat bawah tu.  Cara penyediaannya sama jer macam buat sushi.  Fillingnya pun sama gak cuma bentuk jer yang lain.
22.  Korean rice ball
Resepi - rasanya ni yang paling senang yang korang bleh buat lar.  Aku tengok orang korea dengan orang jepun pun paling mudah buat rice ball jer.  Depa pun malas nak gulung gak.  Caranya senang jer.  Beras sushi tanak macam tanak nasi.  Dah siap masak, sejukkan dulu.  Sementara tengah sejukkan nasi tu, korang buat fillingnya dulu.  Filet ketam yang dah direbus, telur dadar dan seaweed digunting-guntingkan.  Lagi banyak seaweed, lagi bagus.  Masukkan nasi ke dalam mangkuk besar, tarukkan semua filling tadi, masukkan kicap soya cair dan minyak bijan ikut sukatan anda.  Gaulkan dengan rata.  Buatkan bebola.  Gunakan plastik wrap untuk buat bentuk bebola.  Kalau korang nak buat bentuk elephant ke, tapak kaki sulaiman ke, muka jiran sebelah rumah korang pun boleh...janji ngap masuk dalam mulut!
23.  Roti gulung hotdog bernestum
Resepi - Gorengkan hotdog dengan sedikit minyak.  Selalunya aku taruk kicap maggi, black pepper, lada putih dan serbuk kari sikit kat hotdog tu. Biar kasi berempah hotdog kita.  Yeah, babey!  Roti dilenyekkan dengan roller terlebih dahulu.  Gulungkan dengan hotdog.  Sediakan dua pinggan.  Satu pinggan untuk pecahkan telur, dan satu pinggan lagi untuk letak nestum.  Celupkan roti hotdog ke dalam telur dan golekkan ke dalam nestum.  Goreng dalam minyak yang penuh.  Tapi kena cepat-cepat angkat sebab kita tak nak roti tu serap minyak pulak.  Tapi tak boleh gak goreng dengan minyak yang sikit, sebab nanti nestum tu tak rangup.  Kalo ikut style aku, letak dalam minyak panas, renjis-renjiskan dengan minyak, terbalikkan, renjiskan lagi, lepas tu angkat, toskan minyak.
24.  Roti perancis  garlic butter cicah sup cendawan campbell
Resepi - amik pembuka tin, bukakan tin sup cendawan campbell ataupun apa-apa perisa yang korang suka.  Masukkan ke dalam periuk.  Tambahkan air satu tin.  Biarkan mendidih.  Sodap seyh...kalo waktu hujan buat sup campbell ni cicah dengan roti biasa ker roti perancis ker roti croissant ker biskut kering.  
25.  French toast / roti putih + baked beans 
Resepi - French toast atau dalam bahasa aku ialah roti celup telur lepas tu campak dalam kuali leper.  Aku selalu buat french toast bila hujung minggu.  Kekadang aku suka pelbagaikan filling dalam telur tu.  Selalu aku letak serbuk parmesan, serbuk bawang putih, daun sup, susu full krim ke dalam telur then kacaukan dengan rata.  Rasanya sangat berlainan yerk bila setiap kali kita ubahkan rasa filling dalam telur tu.  Bila kita letak daun sup dalam telur, naik bau french toast kita tu.  Kalo kita letak susu full krim, rasanya lemak berkrim french toast tu. Kalo kita letak serbuk garlic plak, rasanya macam makan roti bakar garlic.  Garlic sangat bagus yer kalo diamalkan dalam pemakanan kita.  Celupkan roti, campak dalam kuali leper.  Selalu french toast ni aku cicahkan dengan baked beans.  Tapi kalo korang tak nak pun takpe.  Ikut tekak memasing.  Roti putih cicah dengan baked beans yang telah dipecahkan telur ke dalamnya...pun boleh gak!
26.  French toast with cheese. 
Resepi - roti selitkan dgn keju, celupkan dlm telur, campak dlm kuali leper.  Dah siap!
27.  Roti hotdog belah tengah2 (yg mcm roti A&W tu)
Resepi - gorengkan hotdog macam biasa.  Amik roti hotdog, belahkan kat bahagian tengah-tengah.  Letak salad, tomato dan hotdog.  Hiaskan dengan sos dan mayonaise.
28.  Roti jala + kari ayam
Resepi - adunan roti jala lebih kurang sama jer dengan adunan lempeng.  Cuma kalo nak lemak berkrim, taruk sepaket santan segera ke dalam adunan.  Adunan tu mesti diblender untuk mengelakkan ianya berketul-ketul.  Masukkan ke dalam acuan dan jala kan sesuka hati korang.  Lawankan dengan kari ayam marvelous!  Kari ayam lebihan lauk semalam pun lagi ummpp!  Kalo nak jimat masa, malam sebelum nak tido tu, masak lar kari ayam dulu, esok pagi korang tinggal nak menjala jer.  
29.  Roti rolls with chicken ham + salad
Resepi - Gorengkan chicken ham dengan sedikit minyak.  Perasakan dengan black pepper dan lada putih.  Bubuhkan dengan kicap maggi sikit.  Letakkan ke atas roti.  Bubuh salad dan gulungkan.  Kalo tak nak gulung pun takpe, lipat dua pun boleh...
30.  Roti rolls with eggs mayo + salad
Resepi -  caranya sama seperti di atas cuma tukarkan chicken ham dengan telur rebus yang telah dilenyek dengan garfu.  Perasakan dengan lada putih dan serbuk perasa.  Taruk butter sikit ke dalam telur yang telah dihancurkan tadi.  Gaulkan rata.  Letak kat atas roti, taruk salad, tomato dan gulungkan.  Kalo tak nak gulung, lipat dua jer.
31.  Nasi lemak berlauk
Resepi -  masak nasi lemak macam biasa dan buat lar lauk mengikut kesukaan anda.  Ayam goreng ker ikan goreng ker dan macam-macam lagi.  Dah jadi nasi lemak berlauk.  Hahaha....
32.  Sandwich scrambled eggs with cheese
Resepi - Pukul 4 atau 5 biji telur.  Perasakan dengan serbuk perasa dan lada putih.  Masukkan minyak sikit ke dalam kuali leper.  Letakkan adunan telur tadi ke dalam kuali.  Hancurkan.  Masukkan ke dalam mangkuk, taruk mayonaise 1 sudu.  Gaulkan dengan rata. Letakkan ke atas roti.  Bubuh salad dan cheese sekeping.  Perghh....
33.  Sandwich rolls sushi with filet ketam + telur + seaweed
Resepi -  Filet ketam dimasak terlebih dulu.  Telur plak suka hati korang nak buat jenis macam mana, nak telur rebus lenyek ker, nak telur dadar ker, nak telur hancur ker.  Amik roti, leperkan dulu dengan roller, letak seaweed dulu, letak filet ketam dan telur.  Gulung dan potong bulat-bulat.  Sesuai lar untuk dijadikan menu menarik untuk bekal anak anda.
34.  Hotdog cocktail + kentang goreng (kalo terlambat bangun)
Resepi - ni takde resepi.  Incase kalo terbangun lambat kan.  Goreng jer lar hotdog cocktail dengan kentang goreng tu.  Kentang goreng tu aku suka tabur dengan lada putih, serbuk perasa dan secubit garam.  Goncangkan.  Dah siap wat sarapan ala-ala emergency!  
35.  Makaroni bakar + cheese
Resepi - Jika ada lebihan kuah spaghetti bolognese, jangan dibuang kesemuanya.  Boleh disimpan dalam peti sejuk.  Esok pagi, kita rebus makaroni dan gorengkan makaroni dengan lebihan kuah bolognese tu.  Masukkan ke dalam acuan pembakar yang telah disapu marjerin.  Lapiskan dengan kepingan cheese.  Nak guna cheese tabur pun boleh gak.  Masuk ke dalam oven, dan bakar sehingga kekuningan. Tak payah bakar lelama sangat.  Agak-agak kalo tengok keju dah cair semua, baru lar boleh diangkat.  Senang jer bukan?
 36.  Korean pancakes
Resepi - Cara adunan korean pancakes ni sama dengan adunan buat lempeng.  Cuma letak filling jer dalam adunan ni.  Selalunya orang korea letak filling kobis yang dicincang halus, daun kucai, daun bawang, dan seafood like udang, tiram, octupos.  Tapi kita nak senang kan, letak jer lar filet ketam atau kupang yang dah kopek tu.  Masak dalam kuali leper dengan sedikit minyak.
37.  Pancake cip coklat
Resepi -  Aku suka guna tepung pancake yang dah siap dalam kotak tu.  Nak buat sendiri adunan pancake tu asik tak jadi jer.  So nak senang, guna jer lar tepung pancake yang dah siap dalam kotak tu.  Beli perisa yang plain.  Tambahkan cip coklat. Lawankan dengan peanut butter yang disapu atas pancake ataupun sos coklat ataupun madu ataupun dengan jem.  Suka hati ikut selera memasingkan...
38.  Pancake blueberry (instant) + badam hancur
Resepi - Aku pun suka guna tepung instant pancake perisa blueberry yang dalam kotak.  Campurkan dengan badam hancur.  Pergh...sedap tau pancake perisa blueberry.  Boleh dimakan begitu sahaja...
39.  Pancake kosong with honey
Resepi -  sama macam kat atas.  Tapi biar kosong jer dalam adunan pancake tu.  Then korang boleh curahkan dengan honey ke nutella ke peanut butter ke kan.  Suka hati, ikut kekreatifan korang nak letak apa dalam pancake tu nanti yerk!  
40.  Lempeng wrap dengan isi kentang
Resepi - buat adunan lempeng macam biasa.  Masak dalam kuali leper.  Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali.  Kita nak lempeng wrap nipis, tak nak tebal sangat supaya senang nak gulung.  Ala...macam buat kulit popiah lar.  Masak kentang macam nak buat isi kentang karipap.  Letakkan isi kentang ke atas lempeng dan gulungkan.  Cicah dengan sos cili.  Ni resepi arwah mak aku.  Kenangan beb...
41.  Burger daging special homemade
Resepi -  beli roti burger.  Masak daging beger.  Bolotkan dengan telur dadar.  Letak salad, mayo dan sos.  Dah jadi burger homemade!
42.  Daging burger / daging cincang masak tomato + cicah dengan roti 
Resepi - daging beger tu dibiarkan dalam suhu bilik. bila daging beger dah lembut, potongkan dadu. tapi bila dah masak nnti, dah tak nampak lar bentuk dadunya nnti. 
tumis bawang dan bawang putih yg diracik. masukkan daging beger yang dah dipotong dadu. kacaukan ia supaya daging tu masak sekata. biar hancur macam daging cincang pun takpe. buangkan minyak sket sbb biasanya daging beger akan mengeluarkan minyaknya sndiri apabila digoreng. 

walaupun masak tomato, saya masukkan ciliboh sket utk rasa pedas2. takde lar rasa pio tomato jer kan. then masukkn tomato yang dah dipotong dadu. tak lupa juga tomato sos. agak2 jer lar supaya ada kuah sedikit dan tak kering sangat.

masukkan perasa. saya taruk lada hitam dan lada putih gak sebagai penambah rasa.

bahan sampingan yg saya masukkan ialah carrot yg dipotong dadu gak, cendawan shitake yg dipotong melintang. kalo takde cendawan shitake, pkai cendawan butang pun boleh.
43.  Burger benjo homemade
Resepi  - Kalo tak suka burger daging, buat lar burger benjo atau burger telur.  Kalo takde acuan benjo, buat jer lar macam telur dadar, lepas tu lipat segiempat sama.  Bubuh salad, mayo dan sos.
44.  Tortilla rolls with nugget + salad
Resepi  - Goreng nugget macam biasa.  Paling bagus guna nugget tempura.  Kalo nuget crispy yang ada breadcrumbs tu macam tak berapa nak sedap lar.  Panaskan tortilla dalam kuali leper.  Letak salad, sos dan mayo.  Dah tak payah beli lagi twister KFC tu. 
45.  American breakfast (roti bakar + baked beans + scrambled eggs + kentang goreng/wedges)
Resepi - yang paling mudah.  Roti bakar dengan baked beans, telur hancur, hotdog dan kentang goreng.  Makan sambil cicah-cicah gitew...
46.  Roti kebab berinti daging burger
Resepi - Daging burger dimasak terlebih dahulu.  Kemudian digunting-guntingkan.  Gorengkan bersama dengan sos tiram sikit, sos cili dan sos tomato.  Perasakan dengan serbuk perasa, black and white pepper. Masukkan ke dalam roti kebab.  Amik timun, buang bijinya dan hiriskan memanjang.  Letakkan dalam inti roti kebab tadi.
47.  Mee hongkong
Resepi - Mee kuning dicelur dengan air panas.  Amik sedikit mee, pecahkan telur sebiji, perasakan, letak tepung jagung sikit dan goreng sehingga garing.  Ketepikan.  Aku selalu guna sup instant sebab paling cepat dan mudah.  Pagi-pagi buta kan semuanya nak cepat.  Amik periuk, bukakan sup instant ayam ker ketam, tambahkan air, tambahkan sayur sikit.  Sup instant ni dah siap-siap ada tepung jagung kat dalamnya.  So tak payah lar nak tambahkan tepung jagung untuk pekatkan kuah.  Mudah kan?  Muahahaha...semuanya instant!
48.  Kue teow goreng kering.
Resepi -  Masak macam mee goreng.  Goreng sehingga kering.  Laki aku tak suka kue teow basah dan lembek.  Dia suka kering dan garing.
49.  Frozen roti canai + sambal sardin
Resepi - Agak-agak dah takde idea nak masak apa, beli aje lar frozen roti canai.  Tampalkan dengan telur dan cicahkan dengan sambal sardin.  Dengan kari ayam pun boleh.
50.  Frozen pizza
Resepi - Nak resepi gak ker?  Buka kotak, masuk dalam oven. Dah siap!  Tapi aku suka tambahkan cheese lebih sket kat atas pizza tu...ngeh ngeh ngeh!
51.  Roti coklat nutella + peanut butter
Resepi - Amik roti putih, sapukan dengan nutella dengan peanut butter.  Dah siap sarapan dan bekal untuk anak-anak!
52.  Roti putih + scrambled eggs + hotdog
Resepi - goreng atau grill hotdog macam biasa.  pecahkan telur 4-5 biji.  tarukkan perasa, lada putih, serbuk bawang putih goreng dan masak dalam kuali leper.  Cubit-cubit dengan roti putih.  Gambarnya ada kat bawah.
53.  Aneka Nugget + kentang goreng (kalo terbangun lambat!)
Resepi - goreng lar aneka nugget yang korang suka.  Eh, tapi aku suka goreng wantan tau.  Cicah plak dengan mayo putih dan cheezy mayo, perghh....tak toleh kiri kanan!
54.  Frozen angry birds + roti scrambled eggs
Resepi -  Kat tempat aku ada jual frozen angry birds. Ianya macam fishcakes gak.  Tapi nampak comel lar kan.  Ada gak jual frozen doraemon, owl, nemo dan macam-macam lagi lar.  Sebenarnya nak kasi budak enjoy dengan makanan diaorang.  Gambarnya ada kat bawah yerk!
55.  Roti mentega + milo
Resepi - Roti putih sapu dengan planta dan kemudian taburkan milo ke atasnya.  Sedap tau...dulu arwah mak selalu buat masa kecik-kecik.  Kalo takde milo, taburkan dengan gula pasir pun boleh.
56.  Roti peanut butter banana
Resepi - roti putih sapu dengan peanut butter dan kemudian letakkan kepingan pisang.  Budak-budak pasti suka!
57.  Tortilla rolls with fish nuggets + salad + tomato 
Resepi - sama macam kat atas cuma gantikan dengan fish nuggets.  Nak guna filet ikan pun boleh.  Janji ngap...!!!
58.  Tortilla rolls with omellete rolls + chicken ham + cheese
Resepi - tukarkan dengan omellete, tambahkan dengan chicken ham dan cheese.  Jangan lupa salad yerk!  Gulungkan jer...dah macam roti subway plak kan?
59.  Tortilla rolls with + daging burger ayam + salad + tomato
Resepi -  Kalo tadi kita guna nugget ayam, sekarang kita kasi tukar pulak dengan daging burger ayam.  Goreng macam biasa burger ayam dan belahkan dua bahagian.  Susun di atas tortilla, taruk salad, hirisan tomato, mayo dan gulungkan.

60.  Roti mini kurasan 
Resepi - guna roti mini burger.  Belahkan dua macam buat roti burger.  Intinya daging cincang dengan kentang.  Paling senang, buatkan inti sardin jer.  Masuk inti kat tengah-tengah roti burger.  Balutkan dengan kulit popiah.  Goreng sehingga kekuningan.
61.  Cup cakes oreo + kismis
Resepi - Aku suka guna tepung cup cakes yang instant.  Kalo nak buat sendiri memang ler aku tak tau sukatan.  So, nak selamat guna lar tepung dalam kotak nyer.  Ikut lar panduan yang dah disediakan kat kotak tu yerk!  Taruk lar filling apa yang korang suka selain dari oreo dan kismis.  
62.  Donut ala2 Big 10 
Resepi -  kalo malas nak adun tepung buat donut, guna lar donut frozen!  Walaupun tak sesedap tak selembut donut yang mak kita buat.  Tapi kalo dah taruk coklat kat atas donut tu, laju jer budak-budak makan. Ikut suka hati korang nak letak apa kat atas donut tu yerk!
63.  Roti pizza
Resepi - gunakan roti putih.  paling bagus guna roti perancis.  letak sos tomato.  letakkan hotdog ke filet ketam ke, cendawan butang, nenas dalam tin, lada benggala kat atas sos tomato tu.  jangan lupa bubuh cheese bebanyak ker.  bakar dalam oven.  bila keju dah cair baru bleh angkat.
64.  Crepes peanut butter+ banana + nutella + cip coklat + cheese
Resepi -  rasanya resepi ni ada kat ruangan gambar kat bawah.  sila lar scroll yerk!
65.  Okonomiyaki
Resepi - haah...menatang apa ni?  Ok, ni ialah makanan jepun.  zizan cakap macam lempeng.  adunannya sama macam lempeng.  buatnya sama macam buat korean pancakes.  cuma kat atas lempeng tu ada letak fish flakes, seaweed, mayo dan sos jepun.  semua bahan-bahan ni ada jual kat jusco tapi kena hati-hati yerk dengan bahan mirin.  gambar nye ada kat bawah yerk!
66.  Roti croissant with tuna + cheese
Resepi -  beli roti croissant yang ready made.  sapukan dengan tuna mayo, letakkan cheese.  bakar dalam mikrowave selama 2 minit.  dah siap!  mudah kan...?
67.  Roti croissant with chicken ham + eggs + salad
Resepi -  kalo tadi kita guna roti putih, sekarang kita tukarkan dengan roti croissant pulak.
68.  French toast with honey
Resepi - Buat roti celup telur macam biasa.  Letakkan honey di atasnya.  Omputih paling suka makan macam gini.
69.  Rolls cakes (beli kat kedai bakery. potong masuk dlm bekal. paling senang)
70.  Cornflakes + susu (lagi paling senang dan cepat!).  Kalo nak masuk ke dalam bekal, asingkan susu dan cornflakes.
71.  Salad with hotdog / nuggets and peanuts 
Resepi - guna lar jenis salad yang korang suka makan.  Aku suka lettuce.  Campakkan hotdog yang telah dimasak, nuggets dan kekacang.  Nak campur dengan buah-buahan pun boleh.  Letakkan mayo dan plain yogurt sikit.  Gaulkan rata.  Satu cara nak ajar budak-budak makan sayur.
72.   Roti sardin celup telur (french toast sardine)
Resepi - laki aku paling suka roti sardin.  ada lebihan kuah sardin, jangan dibuang, simpan dalam peti sejuk. sapukan kat atas roti putih.  celupkan dengan telur dan campakkan ke dalam kuali leper.  garing-garingkan yerk!
73.  Pasta goreng
Resepi - masak pasta ni sama macam korang masak nasi goreng gak.  
74.  Roti Arab berinti daging / ayam / sardine 
Resepi - intinya macam inti karipap, ada kentang dan cuma tambah letak daging/ ayam/sardin ke dalamnya.  gunakan roti john.  belahkan dua, masukkan inti.  roti dibalut dengan kulit popiah dan kemudian dicelup ke dlm adunan telur dan digoreng dlm minyak panas.  toskan dan kemudian belah di tengah2 untuk taruk mayo dan sos cili.)
75.  Omellete rolls + chicken ham + seaweed + filet ketam
Resepi - kita buat style jepun yerk!  Omellete sushi!  Gulungkan omellete dengan chicken ham, seaweed or salad, dan filet ketam.
76.  Spaghetti olio biasa 
Resepi - tak payah letak seafood, campak jer lar bahan yg ada contoh mcm fishcakes ke, hotdog, isi ayam, meatball dan lelain.  Ikut lar kekreatifan anda nak letak bahan apa2 pun.  Goreng macam olio yang biasa buat.
77.  Roti ala2 subway 
Resepi - refer gambar kat bawah.  guna roti hotdog. intinya saya guna chicken ham dengan hotdog 4 ketul, potong serong.  chicken ham dgn hotdog digoreng dgn minyak yg sikit. then tumiskan bawang dan bawang putih.  masukkan chicken ham dan hotdog ke dalamnya.  masukkan sos honey hickory utk penambah perisa.  taburkan lada hitam sikit, tak perlu letak garam.  goreng/grill sampai sekata.  nak guna bbq hickory pun bleh, sos lada hitam ker, sos bbq ker, terpulang pada kekreatifan anda.
78.  Corndog 
Resepi - tengok kat youtube cara-cara membuatnya.  pada aku lar kan, guna jer lar bahan yang ada kat dapur tu.  pagi-pagi buta nak pegi cari buttermilk, gila ker?  Buat jer lar macam korang buat adunan lempeng cuma kena pekat sikit.  Cucuk hotdog dengan stick dan celupkan dalam adunan tepung.
79.  Kopok lekor 
Resepi - tempat aku ada jual kopok lekor mentah.  ada macam-macam jenis.  hiris memanjang tapi nipis.  sebab bila digoreng ia akan menjadi garing.  sure budak makan abis nyer! sarapan yang sangat ringkas, bukan?
80.  Roti bakar mamak 
Resepi - dari korang dok kat kedai mamak order roti bakar mamak yang cuma disapu marjerin dan kaya, lepas tu dibakar, better korang buat sendiri kat rumah kan.  Sedap kalo dimakan panas-panas tapi tak berapa sesuai untuk dibuat menu bekal.  Nanti roti tu liat nak makan.  Menu sesuai untuk sarapan hari cuti!
81.  Twister ikan dory 
Resepi - ikan dory digoreng dengan tepung dulu, then balutkan dengan tortilla, taruk salad, taruk mayo, dah siap!  Gambar ada di bawah!
82.  Roti prancis ala pizza 
Resepi - guna roti prancis, belahkan dua, taruk sos tomato, hotdog, lada benggala, nenas dan cheese, then bakar! 
83.  Murtabak maggi 
Resepi - chef wan pun tau buat resepi ni tau!  rebus maggi dan toskan air bila dah masak.  masukkan perencah maggi tadi, pecahkan 4 or 5 biji telur, hiriskan bawang, campak daun sup sikit dan kacaukan rata.  masak macam goreng telur dadar.  masa nak terbalikkan murtabak tu, amik pinggan bulat dan letak atas murtabak tu.  telungkupkan kuali leper tu.  lepas tu masukkan balik bahagian murtabak yang belum masak.  mu paham tak apa yang eden maksudkan ni?  ni adalah cara supaya murtabak kita tak berkecai yerk.  suka hati kalo nak tabur cheese kat atas, jadi ler murtabak maggi berkeju!)
84.  Bechamel Pizza <---- resepinya ada kat gambar bawah yerk!
85.  Pasta spiral dan makaroni goreng with daging burger cincang.
Resepi -  gabungkan kedua-duanya.  masak macam buat nasi goreng.  
86.  Cutie putie fishcakes ( gambar ada di bawah 
87.  Homemade potato soup with cheese dan mushroom
Resepi - ada kat bawah yerk!
88.  Hashbrown/bread/cabbage/potato casserole
Resepi - ada kat bawah yerk!  ni pun aku selalu buat.  sangat mengenyangkan sampai ke tengahari.
89.  Tortilla Arabiaca with grill chicken
Resepi - perap ayam semalaman.  esok paginya korang bakar jer ayam tu dalam oven sehingga masak.  sambil tunggu ayam korang tengah masak, korang buat lar kerja lain.  dah siap bakar ayam, lawankan dengan tortilla yang dah dilayurkan dalam kuali leper.  korang bleh buat acar kobis dan sambal arab.  sambal arab tu korang just blenderkan cili hijau and merah, cili padi sket, tomato, timun.  perahkan dengan jus lemon. taruk gula dan garam sket. gaulkan rata.  gambarnya ada kat bawah yerk!
90.  Tortilla Sepanyol
Resepi - nama jer tortilla tapi sebenarnya tak menggunakan tortilla pun.  resepi ni diceduk dari food planet kat astro tu yerk!  depa gunakan kentang sebanyak-banyaknya, lepas tu dihiris memanjang.  gorengkan terlebih dahulu.  then bila kentang dah masak, depa pecahkan telur dan masak dalam kuali leper.  caranya sama macam buat murtabak maggi.  bagi aku, cara ini amat leceh sikit.  lelebih bila pepagi buta nak kopek kentang kan.  so, jom ikut style aku plak!  amik hashbrown dan gorengkan terlebih dahulu.  toskan minyak.  masukkan ke dalam mangkuk dan guntingkan hashbrown kepada 4 bahagian.  pecahkan telur ke dalam hashbrown, perasakan, taruk lada putih, hiris bawang, letak daun sup sikit dan campakkan ke dalam kuali leper.  masak sama macam korang buat telur dadar lar ataupun murtabak maggi.  sonang kan...
91.  Lontong 
Resepi - selalunya kalo pagi-pagi aku nak wat lontong, malamnya awal-awal aku dah siap potong sayurnya dan rendam dalam air.  sok pagi tinggal nak buat kuah lemak jer.  kuah lontong ni senang sebab main campak-campak jer.  kalo takde kunyit hidup, apa nak susah, taruk jer lar kunyit serbuk.  ni bukannya pertandingan memasak nak bagi juri chef makan ke apa.  ni untuk makan sendiri kan.  then, aku baling 2 ketul kiub ayam ke dalam kuah.  ikut suka ati korang lar nak guna santan cair ker atau santan serbuk.  jangan lupa lawankan dengan telur rebus dan sambal ikan bilis sekali yerk!
92.  Makaroni sup
Resepi -  cara buat makaroni sup ni sama macam buat mee hoon sup cuma makaroni kena letak awal-awal dalam sup sebab makaroni ni amik masa yang lama untuk dia betul-betul masak.  letakkan sayur jenis apa yang korang suka dalam sup.  at last sekali pecahkan telur sebiji dalam sup tu.  kacaukan.  taburkan dengan daun sup dan bawang goreng.
93.  Tortilla wrap ala-ala prosperity
Resepi -  gambar dan resepi ada di bawah yerk!
94.  Bebola oats ( ready to eat! )
Resepi - masukkan secawan oats meal.  campakkan chocolate chips, kekacang tak kira ar badam ker cashew nuts ker, kismis ataupun nak letak buah-buahan kering pun boleh, setengah cawan peanut butter, sedikit madu.  gaulkan kesemua sekali.  buatkan bebola.  simpan dalam peti sejuk sekejap.  dan ready to eat!  snacks yang sihat dan budak-budak pun mesti suka nak bawak bekal ni ke sekolah.
95.  Cream Cheese French toast casserole
Resepi - actually kalo tak nak letak cream cheese pun takpe.  Tapi disebabkan aku suka sangat dengan cheese maka aku campakkan sekali cream cheese kat dalam tu.  kita guna roti perancis yerk.  nak potong dadu bleh, nak potong memanjang pun bleh.  asalkan muat-muat jer dalam loyang kita tu nanti.  pukul 8 biji telur, susu krim, cream cheese, dan sedikit butter yang telah dicairkan.  tambahkan perisa vanilla dan gula.  macam buat puding roti lar.  masukkan adunan tadi ke dalam roti yang telah disusun dalam loyang.  loyang tadi disalut dengan butter yerk.  pastikan roti semua berendam dengan adunan tadi.  tutup loyang dengan aluminium foil dan bakar hingga kekuningan.  omputih suka tabur serbuk cinnamon kat atas roti supaya rasanya manis-manis pedas. omputih suka makan casserole manis-manis dengan maple syrup, blueberry dan macam-macam lagi ar.  tapi untuk kita, ko renjiskan jer lar dengan susu pekat pun dah sodap!
96.  Roti goreng ala aku punyer style
Resepi - ni arwah mak aku nyer resepi.  kalo orang johor, tau ler resepi ni.  tapi laki aku pun orang johor gak, apsal dia kata tak pernah makan pun makanan ni.  resepi ni aku jarang buat sebabnya my laki and anak-anak tak suka makan.  tapi aku suka makan.  sudahnya aku buat sepinggan jer untuk aku makan.  nak lepaskan rindu pada masakan arwah mak.  adik beradik aku pun suka makan.  caranya senang jer.  amik roti putih or roti perancis or roti yang tak abis makan kan.  gunting-guntingkan dalam bentuk segiempat tepat.  bentuk prisma kita tak nak yerk!  then, ketepikan.  kita tumis bawang merah dan putih macam biasa kita buat nasi goreng.  masukkan kentang yang dah dipotong memanjang.  kita kasi kentang kita masak dulu yerk!  bila kentang dah masak, kita pecahkan telur 2 biji.  minyak jangan terlalu banyak sangat sebab kita tak nak roti goreng kita berladung dengan minyak.  agak-agak jer lar minyak dalam kuali tu.  kalo terlebih minyak, buangkan sikit minyak ke dalam mangkuk lain.  agak-agak dah garing semua, masukkan 1 tin baked beans.  tak payah tambah air lagi. gaulkan dengan rata.  masukkan roti yang dah digunting tadi.  renjiskan dengan kicap sikit.  gaulkan dengan sama rata lagi.  aku suka makan roti yang dah disimbah dengan kicap dan baked beans.  memang laju jer aku makan walaupun my laki tengok makanan tu macam pelik jer.  yang penting aku tak letak lidah lembu dan organ peranakan kambing kat dalam makanan tu!  
97.  Popia ketam
Resepi -  yang paling mudah dan cepat.  Budak pun suka makan sebab takde sayur kan?  Nak goreng inti popia yang ada macam-macam isi tu memang leceh kan sebab takde masa pepagi buta nak hiris itu ini.  So, yang paling senang dan mudah ialah amik filet ketam, defrost kan dan kemudian gulung dengan kulit popia.  Goreng dengan api yang sederhana sehingga kekuningan.  Jangan goreng lama sangat, nanti filet ketam dalam popia tu meletup dan membuak keluar.  Hahaha...ni based on pengalaman lar ni!  Nak lagi gempak rasa, gulungkan filet ketam dengan sehelai keju keping.  Whoaa...daebak!!!
98.  Grilled cheese rolls
Resepi - gambarnya ada kat bawah.  Sila scroll please...
99.  Baked potato with cheese and chicken ham
Resepi - gambar dan resepi ada di bawah yerk!
100.  Roti gulung strawberry nutella
Resepi dan gambar ada di bawah yerk!
101.  Roti mangkuk telur
Resepi dan gambar ada di bawah yerk!
102.  Mini muffin eggs
Resepi dan gambar ada di bawah yerk!
103.  Pastri kon
Resepi dan gambar ada di bawah yerk!
104.  Tortilla pizza
Resepi dan gambar ada di bawah yerk!
105.  Fish n' chips
Resepi - sebenarnya boleh sendiri fish n chips ni selain dari menggunakan yang instant.  Amik isi ikan dory yang telah dinyah bekukan.  Perasakan ikan dory dengan garam, lada putih dan hitam, serbuk perasa.  Lumurkan dengan telur yang dipecahkan, tepung kentucky dan breadcrumbs.  Goreng dalam minyak banyak dan panas.  Toskan.  Boleh dihiaskan dengan salad coleslaw, kentang goreng dan mayo.
106.  Crab cakes.  
Resepi - paling mudah nak buat crab cakes ialah gunakan filet ketam.  Hahaha...takde korje aku nak pergi mencungkil isi ketam tu pepagi buta.  Filet ketam diblender kasar.  Kita buat adunan macam nak buat jemput-jemput.  Tapi kali ni kita taknak terlalu cair atau terlalu pekat sangat.  Agak-agak jer.  Masukkan filet ketam ke dalam adunan tadi.  Campurkan kobis, bawang merah, lada benggala yang telah diracik halus-halus.  Masak dalam kuali leper dan gunakan minyak yang sikit.  
107.  Pop chicken with salad and fries
Resepi - kita amik isi ayam part dada yerk yang takde tulang.  Potongkan kecik-kecik.  Perasakan secukup sedap, lumurkan dengan tepung kentucky atau mana-mana tepung lumur ayam pun boleh, lumurkan lagi dengan tepung beras sikit.  Gaulkan dengan rata.  Goreng dalam minyak yang penuh.  Boleh tambahkan side dishes dengan french fries, salad ataupun buah-buahan.
108.  Chicken cop and fries
Resepi -  Kita amik isi ayam dan hiriskan nipis tapi memanjang.  Lumurkan tepung seperti di atas tapi kali ni kita lumurkan pula dengan breadcrumbs.  Goreng.  Hidangkan dengan french fries dan salad mayo.  French fries tu kalo nak kita nak curahkan sikit dengan cheezy mayo pun boleh.

Comments

Popular posts from this blog

Kulit Cantik, Putih, Berseri Dengan ESP Shaklee

Inginkan kulit cantik dan putih berseri serta awet muda??? Hakikatnya setiap wanita inginkn kulit yang canti berseri..Tentu ramai yg tertanya-tanya bagaimana utk dptkn kulit yang cantik dan sihat.Jawapannya ringkas aje..anda harus mengamalkn pemakanan yang seimbang & berkhasiat, rajin bersenamutk tingkatkan metabolisme badan agar kekal langsing dan juga amalkan pemakanan tinggi protein bg menggalakkan pembentukan sel yang sihat. Nampak senang dan mudah..betul tak??tetapi masalahnya mampukah kita untuk memastikan diet yg seimbang setiap hari..Dengan kesibukan seharian dan cara hidup zaman sekarang yg sentiasa terkejar-kejar mampukah kita memberi yang terbaik untuk badan kita???Tepuk dada Tanya diri masing-masing..Adakah dengan mengambil makanan FASTFOOD setiap hari memberikan zat yang terbaik utk badan kita??   JOM KENAL ESP SHAKLEE.. ESP atau energizing soy protein Shaklee (protin soya) merupakan produk yang diiktiraf seluruh dunia sebagai...

Perempuan

Perempuan        Duhai..  Siapakah kau ini??           Jika jadi anak, ia adalah bidadari kecil ayah bunda              Permata yg siang malam dijaga keduanya..                          Jika jd pasangan, ia adalah kesenangan terindah               Surga untuk pasangann'a di dunia..                          Jika jd orangtua, waahh                Surga itu telah berpindah ditelapak kakinya         ...

Lama tidak bersiaran

Assalammuailaikum... Lama sudah tidak bersiaran. Alhamdullillah keluarga kecil kami bertambah anggota sorang lagi. Terima kasih YA ALLAH kurniakan kepada kami suami isteri seorang PUTRA... PUTRA AMJAD diberi nama. Semoga menjadi semulia seperti namanya. Kejap je  masa berlalu dah masuk 6 bulan. Inshaallah lepas ni nak lebih berkongsi dan menulis dalam blog ni. MUHAMAD PUTRA AMJAD (yang.mulia)    Salam sayang MAMA AMJAD