Saya nak kongsikan produk Shaklee yang diambil seharian. Mungkin sedikit
berbeza dengan orang lain tapi matlamatnya tetap sama, nak mencegah
daripada terkena penyakit. Bila dah sakit juga, redha sahajalah.
Anggaplah Allah nak hapuskan dosa-dosa dari diri. Kifarah.
Sebelum Sarapan
Selepas bangun pagi sebelum sarapan, saya akan mengambil satu sudu
vivix. Saya guna sudu plastik putih bersaiz ala-ala sudu teh. Vivix ni
senang meleleh keluar dari botol, so sudu plastiklah penyelesaiannya.
.
Ketika bersarapan dan selepas sarapan
Selepas atau semasa sarapan, campuran ESP dan mealshake. Kalau tak
sarapan nasi lemak atau roti canai pun, minum ESP + Mealshake pun dah
cukup mengenyangkan tahan sampai pukul 12.00 tengah hari. Minum 3 sudu
ESP setiap hari sangat bagus untuk sistem imun tubuh badan. Ibarat
foundation untuk bina sistem imun diri yang lain. ESP duduk dilapisan
yang paling bawah, untuk kita susun binaan-binaan supplement di atasnya.
Selepas sarapan
Biasanya lepas sarapan nasi lemak atau dua roti canai kosong saya akan
ambil 3 biji alfalfa complex & 1 biji zinc complex. Alfalfa terkenal
dengan fungsi detokskan bahan bertoksin keluar dari tubuh badan.. Manakala
zinc pula salah satunya berfungsi ia boleh melebatkan rambut. Jadi
kalau orang yang bimbang rambut senang gugur, rambut banyak gugur, nak
cari jalan macamana mengelakkan keguguran rambut, boleh ambil zinc lebih
sikit.
Selepas makan tengah hari
Kemudian lepas makan tengah hari lauk kari ayam dengan sambal ikan
tumis, dipadankan lagi dengan sayur pucuk paku cili api dengan sambal
belacan, memang terangkat pinggan dari meja. Mak mertua lalu belakang
pun tak perasan. Produk shaklee yang diambil selepas makan tengah hari
ialah Vitalea, Vita C, dan B-complex. Kalau cukup makan 2 mangkuk
sayuran hijau, tak perlu ambil Vitalea. Kalau tak cukup, then baru amik
satu biji. Vitalea adalah Multivitamin.Vitamin C pula mudah hilang dari badan, jadi Vita-C dengan ciri-ciri
sustain release, maksudnya dia larut sikit-sikit, tak larut sekaligus
bila telan. Jadi 500mg vita-c tahan untuk 5 jam. 1 jam larut 100mg
sahaja. Canggih betul Vita-C ni.
B-Complex memang terbaik. Indikator badan kita cukup vitamin B ialah,
bila kita buang air kecil, warna air kencing yang kuning bersih. Kalau
air kencing warna kuning perang tu nampaknya macam tak cukup minum air.
Kena banyak minum air suam.
Selepas makan malam dan sebelum tidur
Selepas makan malam sejurus sebelum tidur, saya akan makan sebiji
omegaguard dan Vita-E. Omega guard untuk cegah kolesterol tinggi yang
boleh menyebabkan migrain dan katarak.
Vita-E pula adalah vitamin kasih sayang suami isteri. Sangat-sangat
afdal diambil pada malam jumaat. Di antara kebaikan vita-E ialah dapat
mengeratkan hubungan suami isteri di samping menjadikan sang suami gagah
perkasa tanpa perlu mengambil produk kuat yang diperbuat dari bahan
sintetik di pasaran yang diketahui selain membahayakan, malah
merisikokan salah satu asbab hikmah perkahwinan.
Waktu-waktu lain
Selain dari waktu-waktu yang dinyatakan di atas, ada juga waktu-waktu
tertentu yang sesuai untuk mengambil produk shaklee antaranya
Nutriferon, garlic, carotomax dan performance drink.
Nutriferon sesuai diambil bila badan rasa mula nak demam, tekak mula
rasa sakit, rasa nak mula selesema, dan macam-macam lagi rasa bila badan
nak sakit, boleh ambil satu sachet nutriferon. Saya jarang campurkan
dalam air. Lepas koyakkan satu sachet, terus telan mentah-mentah. Kalau
tak lalu telan mentah-mentah, boleh larutkan dalam secawan air suam dan
minum sampai habis. Info tentang Nutriferon di sini. Ia juga sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah imunisasi.
Garlic Complex macam pil panadol. Tapi sekarang, orang dah makin sedar
bahaya panadol. Info tentang bahaya panadol boleh didapati di sini:
www.panadol.com/info. Ubat tradisional orang dulu-dulu kalau badan mula
rasa tak sedap mereka akan telah seulas bawang putih. Sama juga dengan
Garlic complex, telan sebiji untuk cegah demam, selesema dan batuk dari
berterusan.
Carotomax pula sesuai diambil oleh orang yang nak cegah mata rabun.
Kalau pergi check mata, optometris tu kata ok tuan/puan power sekarang
150, so kalau takut kena pakai cermin mata, ambil carotomax sebiji
setiap hari selama 6 bulan. Insha Allah power tu akan turun dan worst
case, ia akan kekal tak naik-naik. Saya sendiri adalah testimoni
bergerak untuk produk carotomax. Saya mula pakai cermin mata pada usia
16 tahun. Tapi selepas terjumpa dengan carotomax, saya tidak lagi
memakai cermin mata. ketika itu usia saya adalah 23 tahun. pada waktu
itu carotomax dikenali sebagai beta-carotene. sekarang shaklee dah
upgrade kandungan beta-carotene dan jadilah dia dengan nama baru iaitu
carotomax.
Performance Drink sangat sesuai untuk mereka yang mencari alternatif
untuk 100 plus. Seperti minuman bertenaga yang lain, sangat berguna di
saat anda ingin mengelakkan rasa mengantuk terutamanya ketika sedang
memandu jarak jauh di lebuhraya.
*****************************************
Ezin Abd Ghani :)
017.384.9014
norhizin@gmail.com
Comments
Post a Comment