Skip to main content

[Info] - Apa itu ovarian cyst, simptom dan gejala

APA ITU OVARIAN CYST?

Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau kantung yang berisi lendir/airyang berada di dalam kilang telur ovari. Lendir atau cecair ini boleh jadi seperti air, pekat likat dan ada diantaranya yang mengandungi tisu-tisu seperti rambut dan gigi.

Ovarian Cyst adalah kejadian yang kerap berlaku dikalangan wanita muda dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya kerana ia jarang memberikan simtom atau gejala. Ia hanya akan disedari apabila sesorang wanita itu membuat ultrasound ketika menghadapi masaalah kesuburan. Kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.

Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita. Ovarian Cyst yang normal adalah cyst-cyst yang mengandungi telur daan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Cyst jenis ini dinamakan sebagai FollicularCyst. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah kerana jika ia tidak pecah, saiznya akan bertambah besar serta membahayakan.


Perbezaan ovari normal dengan ovari yang mempunyai cyst


SIAPA YANG BERISIKO MENDAPAT CYST?

Ovarian cysts sebenarnya agak kerap terjadi . kebanyakkan wanita mungkin sekurang-kurangnya akan mendapat satu cyst sepanjang hidupnya. Kebanyakkanya adalah cyst biasa dan tidak complicated.

Walaubagaimanapun, sekiranya cyst ini terjadi pada wanita berusia 50-70 tahun, ia lebih cenderung kepada kanser dan lebih merbahaya

SIMPTOM DAN GEJALA CYST?

Ia pada umumnya tidak memberikan sebarang gejala. Tetapi sekiranya ia terlalu besar anda mungkin perasan perut sedikit buncit dan terdapat ketul pada bahagian bawah perut. Lain-lain gejala yang jarang-jarang ialah:

  • Muntah dan Loya 
  • Sakit Perut 
  • Sakit semasa hubungan seks 
  • Sukar atau kerap kencing 
  • Rasa perut penuh dan tidak selesa 
  • Rasa berat pada ari-ari

Sumber**


Sharing is caring










Comments

Popular posts from this blog

Cara makan supplement Shaklee

Saya nak kongsikan produk Shaklee yang diambil seharian. Mungkin sedikit berbeza dengan orang lain tapi matlamatnya tetap sama, nak mencegah daripada terkena penyakit. Bila dah sakit juga, redha sahajalah. Anggaplah Allah nak hapuskan dosa-dosa dari diri. Kifarah. Sebelum Sarapan Selepas bangun pagi sebelum sarapan, saya akan mengambil satu sudu vivix. Saya guna sudu plastik putih bersaiz ala-ala sudu teh. Vivix ni senang meleleh keluar dari botol, so sudu plastiklah penyelesaiannya. . Ketika bersarapan dan selepas sarapan Selepas atau semasa sarapan, campuran ESP dan mealshake. Kalau tak sarapan nasi lemak atau roti canai pun, minum ESP + Mealshake pun dah cukup mengenyangkan tahan sampai pukul 12.00 tengah hari. Minum 3 sudu ESP setiap hari sangat bagus untuk sistem imun tubuh badan. Ibarat foundation untuk bina sistem imun diri yang lain. ESP duduk dilapisan yang paling bawah, untuk kita susun binaan-binaan supplement di atasnya.    ...

Kulit jadi cantik,kuku berkilat penangan Collagen Powder Shaklee

Assalammuaalaikum.. Wah..tajuk entry je dah hebat. produk Shaklee yang hebat juga. Saya ingin kongsikan testimoni pengguna Collagen Powder yang hebat ini. Tak perlu touch up tebal-tebal sebab kulit dah memang cantik. Jimat berganda disitu. Apa rahsianya Collagen Powder ini Testimoni Collagen Powder Shaklee Beli 6 Percuma 7...hanya untuk September 2014