Skip to main content

Tips menyusu semasa hamil



Dalam membuat persediaan untuk menyusukan bayi ketika anda masih hamil lagi, jangan lupa untuk mempelajari posisi yang betul ketika menyusukan bayi anda. Jika tersilap posisi dibimbangi usaha anda untuk menyusukan bayi akan menemui kesukaran atau kegagalan.
Pelajari langkah demi langkah persiapan menyusukan si comel anda:
  1. Kedudukan selesa
Pastikan kedudukan ibu selesa di mana bayi diampu dengan baik. Anda boleh duduk bersandar pada katil, sofa ataupun kerusi dengan kepala bayi di atas lengan anda. Sebaik-baiknya jangan bersandar terlalu jauh daripada bayi sehingga menyukarkan dia mencapai puting untuk menyusu.
Elakkan daripada terlalu membongkok hingga membuatkan anda begitu rapat dengan bayi. Ibu digalakkan menggunakan bantal atau kusyen untuk bersandar bagi menyokong diri sendiri dan bayi semasa proses penyusuan. Sebaiknya gunakan bantal menyusu.
  1. Sokong bayi
Kepala, tengkuk dan tubuh bayi haruslah berada dalam keadaan selari. Manakala mukanya pula menghadap payu dara. Hidung bayi perlu bertentangan dengan puting payu dara. Dalam pada itu, bayi perlu rapat dengan anda di mana punggung, kepala dan bahu bayi diampu dengan sebaik-baiknya.
  1. Ampu payu dara
Biasanya ramai ibu menyusu melakukan pegangan gunting iaitu ibu jari dan jari telunjuk berada di atas puting manakala jari-jari yang lain di bawah puting ketika menyusu. Sebenarnya, cara yang betul memegang payu dara ialah dengan melakukan pegangan C di mana ibu jari berada di atas puting dan jari-jari lain di bawah puting.
  1. Lekapkan bayi
Sebelum mula menyusukan bayi, sentuh bibirnya. Biarkan mulut bayi terbuka luas. Kemudian, halakan tubuh bayi ke arah  payu dara. Dalam pada itu, pastikan dia melekap pada aerola dengan betul. Gerakan rahang dan bunyi tegukan yang kedengaran adalah petanda bayi menyusu dalam posisi yang betul.
Jenis-jenis posisi:



*Cradle hold – Posisi dakapan yang paling biasa diamalkan oleh ibu. Ia sangat selesa kepada ibu dan bayi yang disusukan.
*Cross cradle hold – Posisi hampir sama seperti cradle hold tetapi posisi ini bayi diampu oleh sebelah lagi tangan dan sebaliknya.
*Football hold – Posisi ini memerlukan sokongan bantal menyusu bagi menyokong bayi agar selesa. Bantal diletak di bahagian tepi tubuh atau bawah lengan ibu bagi membolehkan bayi berada sama paras dengan payu dara. Posisi ini sesuai untuk ibu yang melahirkan bayi secara caesarean.
*Lying down – Posisi menyusukan bayi secara berbaring boleh digunakan ketika ibu mahupun bayi keletihan. Malah jika melahirkan bayi secara pembedahan, posisi ini boleh dicuba pada hari-hari pertama selepas kelahiran.
*Tandem - Posisi ini biasanya dipraktikkan oleh ibu yang mempunyai anak kembar agar dapat menyusukan kedua anak dalam satu masa.

Comments

Popular posts from this blog

[Info] - Apa itu ovarian cyst, simptom dan gejala

APA ITU OVARIAN CYST? Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada   cyst atau kantung yang berisi lendir/air yang   berada di dalam kilang telur ovari . Lendir atau cecair ini boleh jadi seperti air, pekat likat dan ada diantaranya yang mengandungi tisu-tisu seperti rambut dan gigi. Ovarian Cyst adalah kejadian yang kerap berlaku dikalangan wanita muda dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya kerana ia jarang memberikan simtom atau gejala. Ia hanya akan disedari apabila sesorang wanita itu membuat ultrasound ketika menghadapi masaalah kesuburan. Kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda. Cyst sebenarnya  berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita . Ovarian Cyst  yang normal adalah cyst-cyst yang mengandungi telur daan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan . Cyst jenis ini dinamakan sebagai FollicularCyst...

Cara makan supplement Shaklee

Saya nak kongsikan produk Shaklee yang diambil seharian. Mungkin sedikit berbeza dengan orang lain tapi matlamatnya tetap sama, nak mencegah daripada terkena penyakit. Bila dah sakit juga, redha sahajalah. Anggaplah Allah nak hapuskan dosa-dosa dari diri. Kifarah. Sebelum Sarapan Selepas bangun pagi sebelum sarapan, saya akan mengambil satu sudu vivix. Saya guna sudu plastik putih bersaiz ala-ala sudu teh. Vivix ni senang meleleh keluar dari botol, so sudu plastiklah penyelesaiannya. . Ketika bersarapan dan selepas sarapan Selepas atau semasa sarapan, campuran ESP dan mealshake. Kalau tak sarapan nasi lemak atau roti canai pun, minum ESP + Mealshake pun dah cukup mengenyangkan tahan sampai pukul 12.00 tengah hari. Minum 3 sudu ESP setiap hari sangat bagus untuk sistem imun tubuh badan. Ibarat foundation untuk bina sistem imun diri yang lain. ESP duduk dilapisan yang paling bawah, untuk kita susun binaan-binaan supplement di atasnya.    ...

Kulit jadi cantik,kuku berkilat penangan Collagen Powder Shaklee

Assalammuaalaikum.. Wah..tajuk entry je dah hebat. produk Shaklee yang hebat juga. Saya ingin kongsikan testimoni pengguna Collagen Powder yang hebat ini. Tak perlu touch up tebal-tebal sebab kulit dah memang cantik. Jimat berganda disitu. Apa rahsianya Collagen Powder ini Testimoni Collagen Powder Shaklee Beli 6 Percuma 7...hanya untuk September 2014