Skip to main content

20 sebab perlu kenapa perlu ambil suplemen /vitamin

Penting sangat ke vitamin tambahan ni ???

Jom semak perlu ke tidak..



20 Sebab Kenapa Perlu Ambil Supplemen / Vitamin

  • Tidak mengikut piramid makanan atau makanan seimbang.
  • Masalah Penghadaman. Penghadaman yang tak efisien boleh membataskan penyerapan vitamin oleh tubuh. Contohnya jika mengunyah makanan dengan kurang sempurna atau terlalu cepat. Ini menghasilkan saiz partikel makanan yang lebih besar dari normal iaitu terlalu besar bagi tindakan lengkap oleh enzim-enzim penghadaman. Mereka yang menggunakan gigi palsu juga boleh menjejaskan penyerapan vitamin akibat pengunyahan kurang efisien.
  • Kopi, Teh Panas & Rempah Tabiat meminum air yang terlalu panas atau pengambilan terlalu banyak kopi, teh, jeruk dan rempah boleh menyebabkan inflamasi atau keradangan pada lapisan saluran pencernaan. Ini mengakibatkan kurangnya rembesan cecair penghadaman serta penyerapan vitamin dan mineral menjadi kurang.
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan pada hati dan pankreas iaitu organ yang penting dalam proses penghadaman dan metabolisma. Pengambilan alkohol yang kerap dan banyak menyebabkan badan memerlukan lebih banyak Vitamin B terutamanya thiamine, niacin, pyridoxine, asid folik, Vitamin B12, Vitamin A, Vitamin C, zink, magnesium dan juga kalsium.
  • Amalan merokok boleh menyebabkan iritasi pada saluran penghadaman dan meningkatkan keperluan badan terhadap Vitamin C yang juga penting dalam fungsi sistem imun.
  • Julap / ubat sembelit / ubat kurus. Penggunaan julap secara berlebihan boleh mengakibatkan kurangnya penyerapan vitamin dan mineral daripada makanan. Paraffin dan lain-lain minyak mineral meningkatkan kehilangan vitamin larut lemak seperti Vitamin A, D, E dan K. Penggunaan julap yang banyak juga boleh menyebabkan kehilangan mineral seperti potassium, sodium dan magnesium.
  • Fad Diet. Diet ganjil yang tidak mengandungi semua kumpulan makanan berkemungkinan kurang mengandungi vitamin. Paling popular, diet kurang lemak, jika diamalkan secara ekstrem boleh mengakibatkan kekurangan Vitamin A, D, E dan K. Diet vegetarian yang tidak mengambil daging dan sumber haiwan lain pula perlu dirancang dengan baik supaya tidak kekurangan Vitamin B12 yang boleh mengakibatkan anemia.
  • Makanan Terlebih Masak. Memasak terlalu lama atau memanaskan semula daging dan sayuran boleh memusnahkan Vitamin B, C dan E.
  • Makanan Diproses (dalam tin). Pemprosesan makanan yang bertujuan meningkatkan jangkamasa penyimpanan boleh menyebabkan kandungan nutrien berkurangan atau hilang sama sekali.
  • Makanan segera yang tinggi kandungan karbohidrat, gula dan garam meningkatkan keperluan badan terhadap Vitamin B bagi memproses makanan tersebut.
  • Antibiotik. Sesetengah antibiotik walaupun berguna bagi menghapuskan kuman yang menyebabkan jangkitan boleh menghapuskan sekali bakteria-bakteria baik dalam perut dan usus.
  • Alahan Makanan. Mereka yang alah terhadap gluten atau laktosa boleh mengalami kekurangan sumber nutrisi diet yang penting seperti thiamine, riboflavin dan kalsium. 
  • Kehilangan Nutrien Tanaman. Sumber makanan daripada tanaman seperti sayuran dan buah-buahan boleh kekurangan nutrien akibat pengurusan tanah yang lemah.
  • Kemalangan dan Penyakit. Luka terbakar menyebabkan kehilangan protein, vitamin dan mineral. Pembedahan pula meningkatkan keperluan terhadap zink, Vitamin E dan nutrien yang terbabit dalam proses pembaikan sel.
  • Tekanan atau Stress. Tekanan fizikal, emosi dan pencemaran boleh meningkatkan keperluan tubuh terhadap Vitamin B2, B5, B6 dan Vitamin C.
  • Sindrom pra haid. Penyelidikan sains telah membuktikan bahawa 60% wanita yang mengalami masalah sindrom pra haid boleh mendapat manfaat dengan pengambilan suplemen Vitamin B6.
  • Remaja. Proses tumbesaran yang pesat dari segi fizikal, emosi dan biokimia sewaktu usia remaja menyebabkan golongan remaja terutama perempuan memerlukan lebih banyak nutrien berbanding orang dewasa.
  • Wanita Hamil. Kehamilan menyebabkan keperluan nutrien lebih banyak bagi memastikan proses tumbesaran yang sihat bagi ibu dan juga bayi.
  • Pil Perancang. Pil perancang boleh mengurangkan penyerapan asid folik dan meningkatkan keperluan tubuh terhadap Vitamin B6, Vitamin C, zink dan juga riboflavin.
  • Warga Emas. Peningkatan usia sering dikaitkan dengan pengambilan vitamin dan mineral khususnya zat besi dan kalsium yang berkurangan.
 Sumber : ibuhakimhaikal

 Perlu atau tidak ...pilihan ditangan kita..
 ♥mama ezin

Comments

Popular posts from this blog

[Info] - Apa itu ovarian cyst, simptom dan gejala

APA ITU OVARIAN CYST? Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada   cyst atau kantung yang berisi lendir/air yang   berada di dalam kilang telur ovari . Lendir atau cecair ini boleh jadi seperti air, pekat likat dan ada diantaranya yang mengandungi tisu-tisu seperti rambut dan gigi. Ovarian Cyst adalah kejadian yang kerap berlaku dikalangan wanita muda dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya kerana ia jarang memberikan simtom atau gejala. Ia hanya akan disedari apabila sesorang wanita itu membuat ultrasound ketika menghadapi masaalah kesuburan. Kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda. Cyst sebenarnya  berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita . Ovarian Cyst  yang normal adalah cyst-cyst yang mengandungi telur daan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan . Cyst jenis ini dinamakan sebagai FollicularCyst...

Cara makan supplement Shaklee

Saya nak kongsikan produk Shaklee yang diambil seharian. Mungkin sedikit berbeza dengan orang lain tapi matlamatnya tetap sama, nak mencegah daripada terkena penyakit. Bila dah sakit juga, redha sahajalah. Anggaplah Allah nak hapuskan dosa-dosa dari diri. Kifarah. Sebelum Sarapan Selepas bangun pagi sebelum sarapan, saya akan mengambil satu sudu vivix. Saya guna sudu plastik putih bersaiz ala-ala sudu teh. Vivix ni senang meleleh keluar dari botol, so sudu plastiklah penyelesaiannya. . Ketika bersarapan dan selepas sarapan Selepas atau semasa sarapan, campuran ESP dan mealshake. Kalau tak sarapan nasi lemak atau roti canai pun, minum ESP + Mealshake pun dah cukup mengenyangkan tahan sampai pukul 12.00 tengah hari. Minum 3 sudu ESP setiap hari sangat bagus untuk sistem imun tubuh badan. Ibarat foundation untuk bina sistem imun diri yang lain. ESP duduk dilapisan yang paling bawah, untuk kita susun binaan-binaan supplement di atasnya.    ...

Kulit jadi cantik,kuku berkilat penangan Collagen Powder Shaklee

Assalammuaalaikum.. Wah..tajuk entry je dah hebat. produk Shaklee yang hebat juga. Saya ingin kongsikan testimoni pengguna Collagen Powder yang hebat ini. Tak perlu touch up tebal-tebal sebab kulit dah memang cantik. Jimat berganda disitu. Apa rahsianya Collagen Powder ini Testimoni Collagen Powder Shaklee Beli 6 Percuma 7...hanya untuk September 2014