Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2014

Ibu mana tak seronok kalau...

Assalammualaikum.... Entry Kali saya ingin berkongsi testimonial set breastfeed Shaklee.. Mommy in hanya consume VItalea+ Vit B Dan ESP sahaja. Wah result dia mengujakan. Vitalea -mempunyai nutrisi yang lengkap diperlukan oleh badan. Vit B -agent anti stress.Ibu yang tenang boleh produce susu dengan lebih baik. -menukarkan makanan kepada. ESP -sumber non GMO protein. -mengandungi isoflavonce yang bertindak seperti hormon estrogen membantu meningkatkan penghasilan susu ibu.

MyNutri untuk bantu kita kira BMI dan Kalori

Assalammmualaikum, Hari ini saya ingin share tentang App terbaik dari Bahagian Nutrisi MOH untuk bantu kita semak BMI dan kalori yang tubuh kita perlukan dalam sehari. Mudah nak guna dan semestinya senang nak faham. Langkah1 --> Login MyNutri login page  mynutri     Langkah2--> Boleh tengok menu yang sesuai untuk kita dan anggaran sasaran keperluan kalori..Best kan. Kat sini saya ada sertkan Jadual kalori setiap makanan Add caption Sumber :MyMetro-Bahaagian Pemakanan (MOH) Kurus dengan Set Kurus Shaklee 3 Konsep penting  BAKAR -- BUANG -- BINA Nak dapatkan set kurus yang menjadi rebutan ni. Boleh hubungi saya seperti dibawah.

10 Manfaat ESP yang perlu anda tahu

1) Menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri 2) Bantu hilangkan parut jerawat di muka. 3) Memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih. 4) Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur 5) Cepat kenyang dan membantu dalam pegurusan berat badan. Testimoni sebenar dari rakan saya yang berjaya menurunkan berat badan sebanyak 7kg dalam masa kurang dari sebulan hanya dengan ESP. 6) Membantu meningkatkan penghasilan susu ibu lebih cepat dan banyak 7) Membantu menghasilkan susu yang lebih pekat dan berkrim menjadikan bayi anda akan cepat kenyang dan kurang meragam Membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu mengandung di tahap optimum 9) Untuk yang alami masalah kesuburan, ESP bantu membentuk tisu rahim serta sel ovum dan sel sperma yang sihat dan sempurna sekaligus menaikkan tahap kesuburan dan meningkatkan peluang untuk hamil. 10) Menyokong kesihatan imunisasi badan, mengawal paras kolesterol dan menyo...

Teknik habiskan bacaan Surah Al-Kahfi

Assalammualaikum w.b.t. Di antara amalan yang dianjurkan untuk dikerjakan di malam atau hari Jumaat adalah membaca surah Al-Kahfi. Waktu disunnahkan membaca surah Al-Kahfi dimulai dari tenggelamnya matahari pada hari Khamis hingga sesaat menjelang matahari tenggelam di hari Jumaat . Membaca surah Al-Kahfi di garisan waktu itu mempunyai kelebihan yang besar. Berikut 3 di antara kelebihan membaca surah Al-Kahfi di hari Jumaat: 1. Dipancarkan cahaya pada dirinya di hari kiamat kelak, dari kaki hingga ke langit مَنْ َقَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمْعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ فِيْمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيْقِ "Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat." (HR. Al-Hakim dan Al-Baihaqi, disahihkan Al-Albani) 2. Diampuni dosanya antara dua Jumaat مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ فِي يَوْمِ الْجُمْعَةِ سَطَعَ لَهُ نُوْرٌ مِنْ تَحْتِ قَدَمِهِ إِلَى عَنَانِ السَّ...

Petua mencantikkan kulit wajah

Kulit wajah yang cantik dan sihat adalah amat penting bagi seseorang, tidak kira lelaki ataupun wanita. Selain menggunakan produk kecantikkan, terdapat beberapa petua yang boleh di amalkan untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik. Ini dapat menjimatkan wang serta menggelak penggunaan produk yang mengandungi bahan kimia yang merbahaya kepada kulit wajah. Mengekalkan Kecantikkan dan Keserian Wajah Amalkan dengan membaca Surah Yusuf pada setiap malam. Insyaallah dengan izin Allah, wajah akan kekal cantik dan berseri. Amalkan dengan menyapu air embun yang telah ditadah pada malam jumaat diwajah. Boleh juga dibuat air mandi ataupun dibuat minuman. Menaikkan Seri wajah Rendamkan se uncang teh semalaman. Keesokkan pagi, basuh muka dengan air teh tersebut dan biarkan kering sebelum membersihkannya. Amalkan selalu dan hasilnya, wajah anda akan beransur-ansur licin dan kelihatan berseri. Parutkan 2 ketul isi kunyit dan 1 ketul lempoyang. Kemudian dicampurkan dengan setengah cawan...

Kenapa ibu dalam pantang perlu vitamin?

Saya yakini ramai ibu-ibu yang sedang mengandung terutama yang sedang mengandung anak pertama tertanya-tanya, ok ke berpantang dengan vitamin.. Tak perlu jamu ke..  Di sini saya kongsikan pengalaman seorang pelanggan yang telah berpantang dengan vitamin Shaklee. "Badan sangat cergas. Lepas operation dah cergas. Susu sangat meriah." Best tak? Alhamdulillah, khasiat dari vitamin Shaklee memang boleh dirasai dan sangat berkesan kerana ia mudah diserap tubuh kerana dari sumber semulajadi bukan sintetik. Pasti ramai yang takut juga untuk cuba dengan set-set bersalin di luar sana kerana tak tahu keberkesanan, sumbernya dan kajian disebaliknya. Dengan Shaklee, kajian telah dilakukan lebih 50 tahun oleh pakar. Ianya selamat bukan sahaja untuk ibu yang baru bersalin, menyusu malah untuk orang ramai, kanak-kanak dan orang yang dalam proses pemulihan dan baru lepas operation. Antara vitamin yang perlu utk ibu berpantang dan menyusukan B Complex ...

Cabaran Super Clean Saya Bersama Basic-H

Apabila anak-anak diserang asthma mulalah saya menggandakan usaha untuk membersihkan rumah. Semuanya perlu ditukar dan dibersihkan. Nak make sure semua debu dan kotoran bebas dari persekitaran rumah. Doktor warning... SUPER CLEAN YE IBU!! . . Apa yang Shaklee boleh bantu ? ----------------------------------------------------------------------------------------------- Credit : Master Cery Anda tahu tak yang Shaklee Basic H ni merupakan pencuci biodegradable dan tidak bertoksik yang pertama dikeluarkan oleh Shaklee pada 1960 ... cube kire dah brape tahun dah.. hmm.. ________________________________ Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Sebagai contohnya, bagi membersihkan kesan susu tertumpah di baju, bangkai serangga yang terlekat pada tingkap dan sos yang t...

Cegah diabetes dengan Shaklee

Assalammualaikum w.b.t Apa itu diabetes@ kencing manis? Penyakit yang berpunca daripada kandungan gula yang tinggi dalam darah. Biasanya, paras gula dalam darah dikawal oleh pankreas yang menghasilkan hormon insulin. Dalam  penyakit diabetes  (  kencing manis  ) disebabkan kekurangan insulin ia menyukarkan proses untuk mengeluarkan gula dalam darah dan turut menjejaskan sel dalaman untuk membekalkan tenaga. Jenis Diabetis  Jenis 1 -  (Insulin Dependent Diabetes Mellitus) berpunca daripada kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas atau tiada penghasilan langsung. Jenis 2 - B erlaku apabila badan tidak menghasilkan insulin atau tidak menggunakan hormon insulin dengan baik. Kerap berlaku di kalangan individu yang berumur 40 tahun ke atas. Jenis 3 - Diabetis yang dihidapi semasa hamil. Sekiranya tidak dikawal akan terus menghidap selapas melahirkan juga. Punca Diabetis 1. Faktor pemakanan - mengamibl makanan yang tidak berkhasia...

Kenapa Set Penyusuan Shaklee begitu istimewa

Set Penyusuan Shaklee begitu istimewa dan disukai ramai ibu-ibu? Sebenarnya, vitamin dari Shaklee bukannya faktor utama yang menyebabkan penge luaran susu meningkat. Ibu2 perlulah memahami bahawa vitamin bukanlah salah satu cara untuk membanyakkan susu ibu. Vitamin diambil demi memastikan tubuh ibu sentiasa sihat, bertenaga, ceria dan terus bersemangat dan secara langsung mampu membekalkan susu ibu kepada anak2. Kejayaan penyusuan antaranya adalah bergantung kepada kesihatan ibu. Konsep asas penyusuan perlulah difahami terlebih dahulu iaitu LEBIH KERAP BAYI DISUSUKAN atau LEBIH KERAP SESI PERAHAN MAKA LEBIH BANYAK SUSUIBU DIHASILKAN. Pengambilan vitamin akan memberi kesan yang besar dlm dunia penyusuan sekiranya si ibu memenuhi keperluan dibawah dgn penuh DISIPLIN dan KONSISTEN. 1. Si ibu kerap menyusukan bayi secara langsung ATAU bagi ibu yg bekerjaya membuat sesi perahan yg konsisten setiap 3 jam atau tidak lebih dari itu sehingga payudara benar2 kosong. ...

Vitamin yang PENTING dan TIDAK boleh diambil oleh ibu mengandung

Info penting buat ibu-ibu mengandung..jangan abaikan pengambilan vitamin semasa mengandung..mungkin ibu-ibu biasa dengar makan vitamin semasa mengandung boleh menyebabkan anak keluar besar..adakah benar atau mitos sahaja..bagi saya ianya hanya mitos kerana saya belum pernah terbaca lagi apa-apa kajian yang mengatakan vitamin boleh menyebabkan bayi dalam kandungan besar.. Ok..mari kita baca info penting ni ya.. Vitamin semasa hamil Memang vitamin hakikatnya adalah makanan tambahan yang diperlukan oleh badan untuk mengisi ruang-ruang kosong yang tidak dapat dipenuhi dari diet pemakanan harian. Namun bagi ibu mengandung hanya ada beberapa vitamin yang disarankan diambil semasa mengandung demi memastikan bayi dalam kandungan membesar dengan sihat dan cukup zat.   PERLU AMBIL Vitamin yang perlu diambil oleh ibu yang mengandung adalah protien, multivitamin yang lengkap dengan zat besi, vitamin b complex yang lengkap dengan folik asid,Vitamin C...

Bahaya anemia di kalangan ibu hamil

Assalammualaikum w.b.t Anemia bermaksud kekurangan sel darah merah dan merupakan keadaan yang amat kerap berlaku di kalangan wanita hamil. Sebab utama anemia ialah kekurangan zat besi. Amat penting untuk anda mengetahui samada anda mengalami anaemia atau tidak setelah anda disahkan hamil. Anemia selalunya tidak akan mempengaruhi tumbesaran bayi kerana bayi sentiasa mendapat bekalan zat besi yang cukup untuknya membesar tetapi sekiranya keadaan anaemia ini terlalu teruk bayi anda juga mungkin akan mengalami anemia selepas lahir. Bagaimana untuk mengetahui yang saya menghidap Anaemia? Ujian darah yang ringkas akan menentukan samada anda mengalami anaemia atau tidak. Sekiranya anda cuma mengalami anaemia yang ringan, anda tidak akan menunjukan sebarang simptom. Tetapi sekiranya ia dalam tahap yang teruk anda mungkin akan merasa: cepat Letih rasa tidak bermaya pucat berdebar-debar sukar bernafas pengsan Risiko Untuk Mendapat Anaemia Sesetengah wanita memp...

Vita-Lea Pelengkap Nutrisi

Assalammualaikum w.b.t, Salam Hari Malaysia.Cuti lah kita ya hari ni. Sambil-sambil menjalankan rutin seorang ibu saya ingin kongsikan Muitivitamin TERTUA dari Shaklee ini. Tablet Vita-Lea diselaputi Spirulina Perbezaan Multivitamin Shaklee dengan yang lain 1. Setiap tablet mengandungi ; 30 nutrisi lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah-buahan. 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. 2. Setiap tablet Vita-Lea disaluti dengan serbuk nutrisi-Spirulina.  3. Pantas terlarut di dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung didalamnya mudah berintegrasi dengan protien untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil. Manfaat Utama Siapa memerlukan Vita-Lea?? Individu yang mementingkan kesihatan Ibu hamil untuk tenaga terutamanya yang tekanan darah rendah (HB LOW) Individu dewasa yang mementingkan kesihatan dan kecergasan tubuh jangka panjang Individu yang tidak lengkap diet hariannya Individu yan...

Mak saya jatuh cinta dengan Ostematrix

Assalammualaikum. Kisah mak saya yang baru merasa sakit apabila berdiri lama, kebas apabila duduk lama, dan tidak boleh bergerak dalam tempoh yang panjang. Saya mula membekalkan Ostematrix sejak Ramadhan yang lalu. Alhamdulillah dengan 4 biji setiap malam mak saya sudah selesa apabila bertarawikh. Pernah mak mengadu katanya "mak rasa nak duduk je bila tarawikh.Rasa sengal-sengal" . Tapi sejak amalkan Ostematrix ni lain pula dapatnya. Kata mak lagi " Mak nak buang air besar pun lawas aje. Ubat ape yang angah bagi tu".   Apa kena mengena Pil  Kalsium dengan lawas buang air besar ye? Ceritanya begini, Ostematrix  bukan sahaja mengandungi Kalsium, tapi ada jugak Magnesium... Selain berfungsi untuk membantu penyerapan kalsium ke dalam tulang, magnesium ni jugaklah yang berfungsi untuk pelawasan tu... Magnesium membantu melegakan otot dalam usus - menyebabkan otot usus menjadi lembut dan menghapuskan sembelit. Magnesium juga membantu menarik ai...

Kenapa rahim bengkak?

 Assalammualaikum w.b.t Entry kali ini saya ingin kongsikan penjelasan mengenai isu seorang pengguna Shaklee yang menjadi viral di laman FB sejak kebelakangan ini. Mari kita fahamkan apa yang boleh bengkak, sebab apa dikatakan bengkak. Sumber : Dr Malinda Di sini saya kongsikan dengan lebih banyak gambar ilustrasi yang dapat memberi info lebih jelas kepada anda semua. Ini adalah gambarajah struktur rahim seorang wanita. Ini 'rumah' kita semua selama 40 minggu. Kalu anda lahir tak cukup bulan, kurang la sikit minggu nya.. hihi :)       Secara anatominya, sistem reproduktif kita terdiri dari : Rahim = Uterus (terdiri dari pangkal rahim, badan rahim dan saluran fallopian) Kilang telur = Ovari. Ramai pesakit saya tak pasti samada uterus atau ovari yang sebenarnya membesar, so mereka akan just kata 'rahim'. So, jika anda berhadapan dengan perkara ini, lebih baik dapatkan diagnosis sebenar pada doktor. Uterus ...