Kulit wajah yang cantik dan sihat adalah amat penting bagi seseorang, tidak kira lelaki ataupun wanita. Selain menggunakan produk kecantikkan, terdapat beberapa petua yang boleh di amalkan untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik. Ini dapat menjimatkan wang serta menggelak penggunaan produk yang mengandungi bahan kimia yang merbahaya kepada kulit wajah.
Mengekalkan Kecantikkan dan Keserian Wajah
Mengekalkan Kecantikkan dan Keserian Wajah
- Amalkan dengan membaca Surah Yusuf pada setiap malam. Insyaallah dengan izin Allah, wajah akan kekal cantik dan berseri.
- Amalkan dengan menyapu air embun yang telah ditadah pada malam jumaat diwajah. Boleh juga dibuat air mandi ataupun dibuat minuman.
Menaikkan Seri wajah
- Rendamkan se uncang teh semalaman. Keesokkan pagi, basuh muka dengan air teh tersebut dan biarkan kering sebelum membersihkannya. Amalkan selalu dan hasilnya, wajah anda akan beransur-ansur licin dan kelihatan berseri.
- Parutkan 2 ketul isi kunyit dan 1 ketul lempoyang. Kemudian dicampurkan dengan setengah cawan air dan kacau sehingga sebati. Selepas itu ditapis dan dicampur dengan 1 sudu besar air limau nipis dan madu. Amalkan dengan meminumnya selama 3 hari berturut-turut. Selain dapat mencantikan kulit, ia juga dapat menyihatkan bahagian dalaman tubuh badan.
- Ambil seketul kunyit dan ditumbuk dengan segenggam beras sehingga lumat. Kemudian dilulurkan pada seluruh badan dan dibiarkan kering seketika. Bersihkannya dengan menyental pada kulit. Ini dapat menghilangkan sel-sel mati dan kulit akan terasa licin dan nampak berseri. Amalkannya seminggu sekali.
Kulit Cerah dan Licin
- Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua. Gosokkan pada muka dan seluruh badan semasa mandi. Amalkan seminggu 2 kali, Insyaallah kulit akan menjadi cerah, licin, halus dan harum.
Menegangkan Kulit Muka
- Sebiji timun disagat atau dihancurkan terlebih dahulu. Kemudian dicampurkan dengan tepung ubi kayu serta sedikit air dan digaul sehingga sebati. Bancuhan akan kelihatan seperti masker. Sapukan pada wajah dan biar seketika sehingga kering. Setelah itu wajah dibilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali.
- Campurkan kulit kayu manis dengan seketul kunyit hidup serta sedikit beras pulut. Kemudian bahan-bahan ini ditumbuk sehingga lumat. Selepas itu, sapukan atau gosokkan pada leher serta muka dan dibiarkan seketika sebelum dicuci. Ini akan menghilangkan sel-sel mati dan daki pada leher. Amalkan seminggu 2 kali.
Merawat Kulit Berkedut
- Sebatang lobak merah yang telah dibersihkan diparut dan dicampurkan dengan 1 sudu besar tepung jagung serta sebiji kuning telur. Gaul sehingga sebati dan kelihatan seperti masker. Kemudian sapukan pada muka dan dibiarkan seketika. Amalkan 3 kali seminggu sehingga menampakkan kesan pada wajah.
- Kunyit dapat mengegah kulit daripada cepat berkedut. Caranya dengan memarut sedikit kunyit dan perahkannya untuk mendapatkan airnya. Amalkan meminum air kunyit setiap pagi secara berselang-seli.
Credit :petua-kiera.blogspot
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Banyakkan petua yang boleh kita amalkan untuk cantikkan muka. Nak tak nak je..
Itu dari segi luaran je..
Apa kata kita baiki dari belah dalam pulak.
Apa yang Shaklee boleh bantu?
Vita E Complex - mengandungi 10 mg selenium semulajadi untuk bantu tubuh kita serap vitamin E, pelihara membran sel-sel, sel darah merah dan tisu otot.
1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, kurangkan kedut,garis halus, parut dan sebagainya cela yang selalu ada pada muka kita. Selain boleh baiki tekstur dan ton kulit muka,dada dan otot peha.
Vita C -Anti aging dan anti wrinkle.
Pengambilan yang konsisten mampu menjadikan kulit lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen punca jeragat terhasil.
Vit B- Anti Stres. Penting untuk penghasilan sel badan.Mencantikkan kulit,rambut dan mata.
Comments
Post a Comment