Tajuk pun ada ngeri sikit ye.. saya pernah mengalami masa meneran buasir terkeluar sekali. Pastu ntah macam mana nurse tak tolak ke dalam semula masa proses jahit epi.. Apalagi memang tak boleh duduk, bisa. Sampailah nurse klnik desa datang buat rutin check masa pantang di kampung. Barulah tahu...mengeling kepala dia. Nurse cuba tolak pun tak berjaya... Jadi, better cari solution ye ibu-ibu?? Serik den. Mari kita baca, apakah itu Buasir?Adakah ianya berbahaya? Buasir (piles) ialah sejenis urat simpul (vena varikos) yang berlaku di bahagian dubur, dan ia boleh menyebabkan kesakitan. Terdapat beberapa salur darah lembut di dalam salur dubur. Salur dubur ialah tiub pendek yang menghubungkan rektum dengan dubur (anus). Ia membantu anda mengeluarkan najis dengan cara merembeskan mukus semasa anda membuang air besar. Salur darah di dalam salur dubur ini boleh membengkak dan terkeluar semasa atau selepas anda membuang air besar. Anda mungkin ...