Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2014

Set Sendi Shaklee untuk kesihatan sendi dan lutut anda

Apa itu sakit sendi? Sendi-sendi manusia terdapat di tulang belakang dan bahagian lain tubuh badan seperti bahu, siku, pergelangan tangan, punggung, lutut, buku lali dan sendi jari kaki serta tangan. Sendi terbentuk apabila dua atau lebih tulang bertemu dan ianya berfungsi untuk melicinkan pergerakan. Sakit sendi terjadi di kalangan semua lapisan umur. Kesakitan adalah suatu sensasi atau persepsi dan ianya menandakan kecelaruan fizikal, mental atau disebabkan oleh penyakit. Ianya berbeza dari segi lokasi, jangka masa, kesakitannya dan dari individu ke individu yang lain. Sebab-Sebab Sakit Sendi Kebanyakan pengidap sakit sendi tidak mempunyai kerosakan terhadap sendi mereka. Kesakitan itu mungkin berpunca dari lapisan tisu luaran, otot, ligamen, sendi atau pangkal saraf. Tulang jarang menyebabkan kesakitan. Kesakitan ringan mungkin disebabkan oleh terseliuh atau ligamen atau otot yang terkoyak sedikit. Ini boleh disebabkan oleh aktiviti yang berat, mengangkat berat, postur ya...

Phytocol_ST™ Rendahkan Paras Kolestrol

Dianggarkan bahawa satu daripada tiga orang dewasa di Malaysia mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Paras kolesterol yang tinggi ialah salah satu faktor risiko utama penyakit jantung, dan antara cara terbaik untuk merendahkan risiko anda adalah dengan mengurangkan kolesterol keseluruhan serta kolesterol LDL (“tidak baik”).   HDL DAN LDL  Kajian telah membuktikan bahawa bahan-bahan semula jadi yang dipanggil sterol dan stanol tumbuhan dalam pemakanan yang seimbang dapat membantu mengurangkan paras kolesterol LDL dengan ketara. Sterol dan stanol wujud secara semula jadi dalam tumbuhan-tumbuhan, buah-buahan, sayur-sayuran dan produk bijirin. Dengan struktur yang sama seperti kolesterol, sterol dan stanol akan bersaing dan mengalahkan kolesterol untuk penyerapan dalam usus. Oleh itu, ia dapat mengurangkan paras kolesterol dalam tubuh dengan berkesan.   Bertindak Secara Semula Jadi untuk Merendahkan Paras Kolesterol Phytocol-ST rendahkan paras koles...

[Info] Kepentingan Protein Semasa Hamil

Assalammualaikum w.b.t, Kepentingan Protein Yang Mencukupi Semasa Sedang Hamil    Protein penting untuk perkembangan otak bayi. Otak bayi mula berkembang seawal persenyawaan berlaku lagi! Seperti yang kita tahu, otak manusia terdiri daripada sel dan sel pula dihasilkan daripada PROTEIN! Maka adalah penting untuk ibu mendapatkan protein berkualti tinggi dari saat ibu tahu telah berbadan dua, bagi memastikan perkembangan otak bayi berlaku dgn baik sekali. Protein sangat penting untuk pembentukan otot. Selain membantu dalam proses kelahiran, protein juga diperlukan untuk membina otot bayi. Tanpa disedari, ibu hamil biasanya kehilangan otot akibat kurang senaman dan pergerakan. Dengan pengambilan protein yang mencukupi, ibu dapat mengurangkan kehilangan otot ini. Protein membantu meningkatkan sistem imun badan si ibu. Ramai yang tidak tahu, selain vitamin C, protein juga sangat bagus untuk menguatkan imuniti kita. Malah, protein lebih mudah dicerna oleh ibu hamil dan ...

Healing Crisis: Kenapa rasa teruk lepas consume supplemen?

Assalammualaikum w.b.t semua Pernahkah anda rasa macam nak demam lepas makan supplemen Shaklee atau apa-apa produk kesihatan? Rasa mengantuk? Naik ruam-ruam? Saya pernah terlelap semasa drive masa mula-mula consume ESP.Sangat mengantuk . Tak bagus ke supplemen ni? Anda harus bertenang dulu ye.. healing crisis atau kesan penyembuhan APA ITU HEALING CRISIS ATAU KESAN PENYEMBUHAN? Q:  Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan?  A:Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas . Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan kr...

Set Asas Shaklee untuk kekal sihat dan cergas

Assalammualaikum.. Pernah tak anda rasa macam tak terdaya je nak bangun pagi? Rasa macam tak terdaya je nak buat kerja..kerja kat ofis lagi? balik rumah kerja rumah menanti? Sayalah tu..hehe Aduhai.... Terfikir apa nak makan ye..supplemen ape? Bagus ke? Mahal ke? Apa kata anda cuba SET ASAS SHAKLEE aka FAMILY WELLNESS SET Set Kesihatan Asas Shaklee  Set ini sesuai untuuk semua golongan yang mementingkan kesihatan dan memerlukan tenaga tambahan dalam aktiviti seharian, warga emas serta pelajar. Komponen dalam Set Asas Shaklee 1. Energizing Soy Protein (ESP) Membekalkan   14gram non-GMO protein berkualiti tinggi   (dalam setiap hidangan) yang mengandungi semua asid amino yang diperlukan oleh tubuh bagi mengekalkan tisu yang sihat,termasuk   9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh . Ia membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana ia mengandungi 5 jenis vitamin B yang diperlukan...

20 resepi berkhasiat ESP yang perlu dicuba...

Assalamamualaikum.. Kali ini saya ingin kongsikan cara pengambilan ESP Shaklee.. Berikut adalah 20 resepi ESP yang mudah untuk dicuba dan semestinya berkhasiat. Ikut pada selera masing-masing. 20 resepi popular ESP  Pantang larang !! Sehari tidak lebih 3 sudu ye. Jangan bancuh dengan air panas -rosak protein tu nanti CARA BANCUH BASIC 1 sudu ESP/lebih - air 250 ml - pastu shake aje. (mudah kan?) * sukatan ESP -kalau suka pekat letaklah 2 sudu.Tapi jangan lebih 3 sudu sehari.1 sudu pun dan ok. Sharing is caring

Vivix Shaklee Pelbagai Manfaat Untuk Tubuh

Assalammualaikum :) Salah satu produk dari Shaklee yang banyak memberi manfaat kepada kesihatan kita adalah Vivix Shaklee. Terutamanya mereka  yang mementingkan kesihatan dan kecantikan. kandungan utama Vivix FUNGSI VIVIX Memperbaiki DNA   Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut. Memperbaiki tenaga sel.  Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh. Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi.  Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan. MANFAAT VIVIX Sharing is caring

Collagen Powder terbaik dari Shaklee

Collagen Powder Untuk rasa lebih sihat, kulit lebih muda menawan Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan. Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran. Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana...

[Testimoni]-Cyst kecut dengan GLA Complex

Testimoni daripada Puan 'S' yang telah mengamalkan GLA Complex bagi ikhtiar rawatan cyst beliau. Cyst beliau telah mengecut dari 4++cm kepada 3.6 cm setelah menggunakan GLA selama 2 bulan. PERKONGSIAN PENGGUNA Ingin saya bantu anda?

[Info] - Apa itu ovarian cyst, simptom dan gejala

APA ITU OVARIAN CYST? Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada   cyst atau kantung yang berisi lendir/air yang   berada di dalam kilang telur ovari . Lendir atau cecair ini boleh jadi seperti air, pekat likat dan ada diantaranya yang mengandungi tisu-tisu seperti rambut dan gigi. Ovarian Cyst adalah kejadian yang kerap berlaku dikalangan wanita muda dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya kerana ia jarang memberikan simtom atau gejala. Ia hanya akan disedari apabila sesorang wanita itu membuat ultrasound ketika menghadapi masaalah kesuburan. Kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda. Cyst sebenarnya  berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita . Ovarian Cyst  yang normal adalah cyst-cyst yang mengandungi telur daan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan . Cyst jenis ini dinamakan sebagai FollicularCyst...

Mealshakes dan Omega Guard penawar asthma permata hati saya.

Assalammualaikum semua Sebagai seorang ibu dan bapa tentunya kita ingin memberikan yang terbaik buat cahaya mata kita. Seperti saya juga saya ingin menyediakan nutrisi yang dapat membantu perkembangan fizikal dan minda yang cemerlang buat cahaya mata saya. Kali ini saya ingin kongsikan apa yang saya amalkan buat anak-anak saya yang merupakan penghidap asthma dan eczema. Antibodi mereka juga lemah. Mudah selesema dan batuk. Alah dengan persekitaran yang tidak sihat seperti jerebu (ni memang terus kena attack ), debu, asap rokok dan macam-macam lagi. Pendek kata katakan tidak pada carpet dirumah. Langsir pun dinasihatkan oleh doktor pakar suruh supaya kerap dicuci  (itu yang tak sanggup). Mari kita lihat apa itu asthma dikalangan kanak-kanak?? Huraian lanjut di sini Pengalaman saya mempunyai anak-anak asthma dan eczema Kedua-dua  anak  saya mula dikesan menghidap asthma sejak usia mereka setahun lebih. Nebulizer tu memang sudah menjadi kebiasaan pada ...

Perbezaan GLA Complex Shaklee dengan EPO

EPO vs Shaklee GLA Complex EPO atau English Primrose Oil dihasilkan dari sejenis bunga bernama English Primrose, sekian lama digunakan untuk menyelesaikan masalah wanita dan sakit sendi. Hinggakan nama EPO disalah-sangka sebagai nutrien macam DHA, EPA, etc. EPO sebenarnya minyak dari bunga english primrose. Dalam minyak english primrose ni mengandungi   GLA (gamma-linolenic acid)  dan minyak inilah yang berguna untuk selesaikan beberapa masalah tersebut. GLA ini juga terkandung dalam bunga borage yang digunakan sebagai bahan utama dalam GLA Complex Shaklee. Perbezaan EPO dan GLA cOMPLEX Shaklee adalah: Borage oil mengandungi GLA yang lebih tinggi dari EPO iaitu sebanyak 25% berbanding 10% GLA dalam EPO. Kelikatan GLA yang lebih tinggi terbukti lebih baik untuk membantu dalam beberapa masalah kesihatan seperti PMS, arthritis, malah ekzema. GLA Complex Shaklee juga mengandungi Vitamin E dan minyak biji bunga matahari yang kaya dengan ...

Bagaimana GLA membantu anda untuk hamil?

Pasangan yang mendirikan rumahtangga semestinya mengimpikan untuk mempunyai cahayamata. Tetapi tidak semua pasangan dikurniakan rezeki untuk mempunyai anak dalam tempoh masa yang cepat. Apa yang boleh kita dilakukan adalah berusaha sehabis daya selain berdoa dan berserah kepada Allah. Fung si GLA GLA (gamma linolenic acid) menurunkan kolesterol dan ia membantu melegakan sindrom pra haid (PMS) seperti senggugut, dan membantu meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan . Ia juga membantu dalam melegakan kesakitan dan kekejangan kerana GLA ditukarkan kepada prostagdalin E1. Bagaimana GLA Complex Shaklee membantu untuk cepat hamil?  GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur . Perasan tak sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. NAmun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. Di sinilah fun...